Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah 2020

 

Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah  ini disediakan khususnya untuk warga sekolah bagi kegunaan tahun hadapan (2020).

Umum sedia maklum, buku panduan ini merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

  1. Kata Alu-aluan daripada Guru Besar
  2. Rukun Negara
  3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  4. Ikrar Perkhidmatan Awam
  5. Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam
  6. Visi dan Misi Sekolah
  7. Falsafah Sekolah
  8. Matlamat Sekolah
  9. Moto Sekolah
  10. Lagu Sekolah
  11. Takwim Persekolahan 2020
  12. Etika Kerja
  13. Tatasusila Profesioan Perguruan
  14. dan sebagainya…

Kelebihan buku panduan ini ialah boleh disunting/diedit kerana berformatkan DOCX. Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun dokumen ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah 2020” disini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘docx’

Download : Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah 2020

 

  1. Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Objektif Kementerian Pelajaran, sekolah dan Nilai-Nilai Teras Sekolah kebangsaan.
  2. Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Vivi dan Misi Sekolah.
  3. Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi Matlamat dan Objektif Sekolah.
  4. Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.
  5. Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dansekolah melebihi kepentingan peribadi.
  6. Semua guru adalah guru displin.
  7. Semua guru adalah guru kaunseling.

KEDATANGAN

  1. Jadual waktu persekolahan / waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
  2. Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu persekolahan dan merakam waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah, dipejabat.
  3. Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin,
  4. sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.
  5. Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali keadaan kecemasan.
  6. Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.

KELUAR WAKTU BERTUGAS

  1. Pada waktu persekolahan / kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika adasesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran Negeri /Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Gruru Besar / Guru Penolong Kanan.
  2. Guru Dikehendaki mengisi dua salinan Borang Kebenaran Keluardan dapatkan tandatangan Ketua Bidang masing-masing ( untuk menyediakan guru ganti ) dan tandatangan Guru besar / Guru Penolong Kanan. Satu salinan disimpan dalam fail di pejabat manakala satui salinan lagi diserahkan kepada jaga bertugas dipondok jaga untuk direkodkan.( Rujuk Lampiran A )
  3. Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah
  4. Staf sokongan dikehendaki mendaptkan kebenaran keluar daripada Guru besar atau wakilnya dan mengisi buku kebenaran keluar serta dapatkan tandatangan sebagai tanda kebenaran
  5. Guru dan staf sokongan hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk semula.

MELAKUKAN KERJA LUAR

Penjawat awam ( termasuk guru ) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab ’ D ’ seperti berikut :-

  1. Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
  2. Dibenarkan dengan syarat :
    1. Tidak dilakukan semasa waktu bekerja / pejabat
    2. Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
    3. Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan.

CUTI

Cuti Rehat / Cuti Penggal

Mengikut surat pekeliling Kementerian Pelajaran KP ( PP )0046.SJ / A (30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakkan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.

Cuti Rehat Khas ( CRK )

  • Cuti sambilan tidak lebih daripada tujuh ( 7 ) hari yang diberikepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8.Pekekliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh ( 7 ) hari dalam satu tahun kalendar ; dan
  • Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian bagi pegawai yang layak.
  • Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.
  • Kelulusan diberikan oleh Guru Beaar dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajarandan pembelajaran di sekolah.
  • Bilangan hai CRK yang layak diambil adalh berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan( rujuk Perintah am 1 ( ix ) Bab C ) .

Cuti Sakit

  • Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut-berturut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
  • Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.
  • Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke jabatan Pelajaran Negeridan Kementerian Pelajaran.

Cuti Keluar Negara

5.4.1 Semua Guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang permohonan yang ada dipejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

Cuti Khas – Isteri bersalin

5.5.1 Diberikan selama tujuh hari ( 7 ) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima ( 5 ) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Cuti Tanpa Rekod

5.6.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemak tahunan pertubuhan / persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khasperubatan.

Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat

5.7.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat. Selama tiga ( 3 ) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli Keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri, anak –anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

PAKAIAN

  • 6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat timur.
  • 6.2 Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
  • 6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
  • 6.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut / sepatu, guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu ( kasut sarung /bukan sandal ) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.
  • 6.5 Semua guru hendaklah memakai pakaian batik pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan.
  • 6.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai :
    • 6.6. 1Guru perempuan : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, Kemeja T, Kemeja sukan, Baju trek, Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
    • 6.6.2Guru lelaki : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai.Kemeja T, Kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

TANDA NAMA

7.1Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah.

BILIK GURU

  • 8.1Guru hendaklah berada dil bilik guru semasa tidk mengajar dikelas. Masa tersebut hendaklah dianggap ’non teaching period’dan bukannya ’free period’. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.
  • 8.2 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu kententeraman orang lain.
  • 8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
  • 8.4 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, ternasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.
  • 8.5 Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu, air-cond dipadamkan dansemua pintu di kunci.

MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

  • 9.1 Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan,beliau bolehlah berurusan dengan ketua Pembantu Tadbir atau Guru Besar
  • 9.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehlah berurusan dengan ketua panitia, guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang atau Guru Penolong Kanan.

TUGAS GURU

10.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.

10.2 Sekiranya guru dikehendaki mengahadiri mesyuarat, di JabatanPelajaran atau Pejabat Pelajaran Daerah atau sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakan tanpa pengetahuan Guru Besar

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah 2020 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.