15 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Baharu pada Peringkat Menengah Atas Mulai 2020

 

Presentation1 2

15 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Baharu pada Peringkat Menengah Atas Mulai 2020 ini adalah berdasarkan perkongsian terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung pelaksanaan kurikulum baharu, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada peringkat menengah atas mulai tahun hadapan (2020).

Sebenarnya ramai yang lupa, tahun 2020 adalah permulaan kepada kurikulum baharu KSSM, seperti yang telah dijadualkan sekian lama. Ada dua perkiraan asas yang perlu kita semua faham mengapa dengan bermulanya KSSM yang baharu ini, perubahan ketara boleh dinikmati anak-anak kita nanti.

Pertama, kita ingin memastikan bahawa bakat anak-anak kita tidak disia-siakan.

YB Dr. Maszlee Malik percaya ramai dari kalangan anak-anak mempunyai kecenderungan yang pelbagai dan mereka perlu dilatih untuk membuat pilihan mengikut kemampuan mereka.

Anak-anak sangat hebat. Ada dari kalangan mereka misalnya sangat meminati matematik, tetapi dalam masa yang sama mereka mahu belajar tentang kesusasteraan Melayu.

Ada juga dari kalangan mereka yang ingin belajar bahasa kedua yang lain seperti bahasa Iban, bahasa Semai atau bahasa Perancis, dalam masa yang sama memilik kecenderungan bermain Coding dan membaiki mesin-mesin.

Yang penting, mereka perlu diberikan ruang untuk memilih. Dan itulah sebenarnya pendidikan, pemberian ruang dan peluang untuk anak-anak memilih.

Kedua, dunia berubah. Di zaman yang ruwet dengan pelbagai teknologi ini, kita perlu mula mempersiapkan anak-anak kita dengan pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya.

Selain dari mereka perlu menguasai Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, mereka perlu mula terdedah dengan mata pelajaran yang berbentuk kemahiran seperti Reka Bentuk Industri, Reka Bentuk Grafik, Multimedia dan sebagainya.

Jadi sejak dari sekolah menengah lagi, anak-anak kita sudah mempunyai kesepaduan pengetahuan dan kemahiran yang cukup, sebelum mereka meneruskan perjalanan ke universiti.

Dan melalui sistem baharu ini juga, kita ingin memberitahu anak-anak kita bahawa pendidikan bukan tentang melihat siapa lebih atas dari siapa.

Pendidikan ialah soal membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan sendiri.

Pendidikan ialah terus memperbaiki diri, menambah ilmu dan mengaut sebanyak mungkin kemahiran yang ada.

Selamat membuat pilihan dan selamat melukis masa depan buat anak-anak kohort pertama Tingkatan 4 tahun 2020.

Sehubungan dengan itu, berikut disertakan  soalan-soalan lazim berkaitan KSSM dan pakej mata pelajaran menengah atas mulai tahun 2020.

1.Apakah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Menengah Atas?

Pelaksanaan ini secara berperingkat-peringkat bermula dengan murid Tingkatan Satu pada tahun 2017, kohort pertama murid KSSM ini akan berada di Tingkatan 4 pada tahun 2020. KSSM Menengah Atas adalah kurikulum persekolahan di Tingkatan 4 dan 5yang dilaksanakan di semua sekolah menengah

2. Apakah rasional Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas diperkenalkan?

Bagi memberi peluang murid mengenal pasti dan memilih mata pelajaran mengikut kecenderungan, minat, serta kebolehan dengan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Institut Pendidikan Tinggi. Memudahkan pihak sekolah membuat perancangan penawaran mata pelajaran dan pakej yang sesuai untuk murid bergantung kepada kemudahan dan guru di sekolah

3. Bagaimana murid boleh memilih pakej mata pelajaran di peringkat menengah atas?

Murid memilih mengikut minat dan kecenderungan dengan mengambil kira pencapaian murid dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan ujian psikometrik. Guru kaunseling serta guru perlu memainkan peranan membantu murid membuat pilihan mata pelajaran yang sesuai

4. Bolehkah murid dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran Teras?

Dikecualikan jika:

  1. Murid yang mengambil mana-mana DUA mata pelajaran Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biotogi) DIKECUALIKAN daripada mengambil mata pelajaran Teras Sains
  2. Murid yang mengambil mata pelajaran Pend. Al-Quran & As-Sunnah dan Pend. Syariah Islamiah ATAU Turath Dirasat Al-Islamiah dan Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah ATAU Usul Al-Din dan Al-Syariah DIKECUALIKAN daripada mengambil mata pelajaran Teras Pendidikan Islam.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas?

Berdasarkan gabungan mata pelajaran yang mempunyai nilai tambah kepada murid dalarn konteks pembelajaran murid Dibina berasaskan keperluan murid untuk menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi. Pakej ini mengambil kira keperluan badan profesional serta latuan bidang kerjaya yang diminati murid

6. Apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif?

  • Teras: Wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan swasta
  • Wajib: Wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
  • Elektif. Mata pelajaran yang ditawarkan untuk memenuhi bakat, minat, kebolehan dan potensi murid. Mata pelajaran elektif ini dikategorikan kepada Bahasa, STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), Pengajian Islam serta Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas

7. Apakah mata pelajaran Teras bagi KSSM Menengah Atas?

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sejarah
  6. Pendidikan Islam
  7. Pendidikan Moral

8. Bagaimanakah kombinasi mata pelajaran elektif boleh distrukturkan di dalam Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas?

Terdapat dua pakej mata pelajaran iaitu pakej Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta pakej Sastera dan Kemanusiaan Murid boleh mengambil gabungan daripada kumpulan Elektif STEM, Elektif Pengajian Islam, EIektif Bahasa serta Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas Penawaran mata pelajaran bergantung kepada kesediaan sekolah.

9. Bagaimanakah gabungan mata pelajaran elektif bagi Pakej STEM?

  1. mengambil semua mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan;
  2. mengambil mana-mana dua mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran daripada bukan elektif STEM;
  3. mengambil sekurangnya dua mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana satu mata pelajaran vokasional (MPV).

10. Bagaimanakah gabungan mata pelajaran elektif bagi Pakej Sastera dan Kemanusiaan?

Terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam, Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas dan/atau SATU mata pelajaran elektif STEM kecuali MPV.

11. Berapakah bilangan mata pelajaran elektif yang boleh diambil oleh murid?

Penawaran maksimum mata pelajaran elektif adalah 5 mata pelajaran (64-480 minimum jam setahun) mengambil kira jumlah masa PdP dalam setahun untuk pengoperasian sekolah

12. Berapakah mata pelajaran yang boleh diambil oleh murid dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia?

Dihadkan mengambil l0 mata pelajaran. Kelonggaran diberi kepada calon mengambil tidak lebih 2 mata pelajaran tambahan daripada mana-mana mata pelajaran yang telah disenaraikan kecuali mata pelajaran teras.

13. Bolehkah sekolah menawarkan melebihi 5 mata pelajaran elektif yang dilaksanakan di luar jadual waktu?

Dibolehkan jika penawaran mata pelajaran di luar jadual waktu dengan persetujuan ibu bapa dan di bawah tanggung jawab sepenuhnya pihak sekolah

14. Bolehkah murid mengambil gabungan mata pelajaran elektif Bahasa Cina (BC) dan Kesusasteraan Cina(KC) ATAU Bahasa Tamil(BT) dan Kesusasteraan Tamil (KT) serentak?

Dibenarkan mengambil gabungan mata pelajaran sebagai pakej. Sebarang penawaran mengambil kira kemudahan sekolah dan ketersediaan guru opsyen mata pelajaran berkaitan

15. Apakah mata pelajaran Wajib bagi KSSM Menengah Atas?

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu 15 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Baharu pada Peringkat Menengah Atas Mulai 2020 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.