Melalui cara ini, akan mengembalikan kepercayaan kepada pasaran dan pelabur dan mampu meletakkan Malaysia sebagai Harimau Asia yang baharu. Dengan pertumbuhan; pengagihan ekonomi dapat dilakukan dengan lebih baik.
- Pembangunan untuk semua bagi mewujudkan ekonomi yang distruktur semula, progresif, berpaksikan ilmu dan bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat yang menyeluruh di semua peringkat.
- Menangani jurang kekayaan dan pendapatan supaya rakyat yang ketinggalan dapat dibawa bersama dalam arus kemajuan negara, nasib mereka terbela dan keupayaan ekonomi mereka diperkasakan.
- Negara bersatu, makmur dan bermaruah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia.
- Golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) iaitu golongan miskin tegar dan rentan ekonomi
- Masyarakat dalam transisi ekonomi
- Orang Asli
- Bumiputera Sabah dan Sarawak
- Orang Kurang Upaya
- Belia
- Wanita
- Kanak-kanak
- Warga emas
Kemakmuran Bersama adalah usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara “yang terus menerus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif (equitable growth) di setiap peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah serta rantaian bekalan” sehingga mewujudkan rasa keharmonian dan kestabilan di kalangan rakyat menjelang tahun 2030.
Sumber:
- Laman Facebook YB. Dr. Mahathir Mohammad
- BERNAMA
- Astro Awani
- Berita Harian
- Portal Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Penutup
Sekian, semoga perkongsian Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ini sedikit sebanyak memberikan informasi berkaitan dasar negara kepada kita semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.