Tiada Pemberhentian Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) kepada Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

 

CIKGU SUHAIMIN 29

Tiada Pemberhentian Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) kepada Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) ini adalah berdasarkan Kenyataan Media yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia semalam (24 Oktober 2019).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada kenyataan oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) seperti mana dilaporkan oleh BERNAMA pada 23 Oktober 2019.

KPM mendapati bahawa terdapat salah faham sebilangan Jabatan Pendidikan Negeri terhadap Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2019 mengenai Bayaran Insentif Tugas Kewangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Merujuk kepada surat pemakluman KPM bertarikh 30 September 2019 mengenai Pelaksanaan Permohonan Bayaran Insentit Tugas Kewangan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2019, Pembantu Tadbir (Perkeranian Operasi) yang melaksanakan tugas pengurusan kewangan masih layak dipertimbangkan Bayaran Insentit Tugas Kewangan.

Semua Jabatan Pendidikan Negeri/Bahagian perlu melaksanakan pembayaran Bayaran Insentit Tugas Kewangan ini kepada semua pegawai yang layak selaras dengan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2019.

Semua Jabatan Pendidikan Negeri Bahagian di bawah KPM telah diminta untuk merujuk kepada surat pemakluman KPM bertarikh 30 September 2019 mengenai Pelaksanaan Permohonan Bayaran hsentit Tugas Kewangan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2019.

Kenyataan Media

KENYATAAN MEDIA KPM TIADA PEMBERHENTIAN PEMBAYARAN INSENTIF 2 page 001

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini Tiada Pemberhentian Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) kepada Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) memberikan informasi terkini kepada semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.