Tiada lagi aliran sastera atau sains mulai tahun depan

 

sastera

Tiada lagi aliran sastera atau sains mulai tahun depan ini adalah berita terkini daripada MalaysiaGazette berkaitan pendidikan sekolah menengah atas.

Pelajar Tingkatan Empat tahun depan tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, perbezaan antara dua aliran itu tidak lagi wujud selari dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

P

Pelajar Boleh Memilih Subjek

Pelajar boleh memilih subjek mengikut minat dan kecenderungan masing-masing, pihak sekolah pula akan mengaturkan kelas mengikut pilihan subjek oleh pelajar.

pelajar sekolah menengah bernama 021118

Nie Ching berkata, penilaian pelajar dalam kelas dan keputusan PT3 mereka juga boleh dijadikan rujukan dalam pemilihan subjek.

Peranan Guru Kaunseling

Guru kaunseling memainkan peranan penting dalam membantu pelajar membuat pilihan

Autonomi Sekolah Sediakan Subjek Pilihan

Tambahnya lagi, sekolah diberi autonomi untuk menyediakan subjek pilihan murid berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan sekolah dan sumber tenaga pengajar.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik pernah mendedahkan aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia akan digabungkan.

Usaha tersebut dicadangkan Jawantankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan untuk menambah baik sistem persekolahan di Malaysia.

Sumber: MalaysiaGazette

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Tiada lagi aliran sastera atau sains mulai tahun depan memberikan informasi terkini kepada anda semua berhubung dunia pendidikan di Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.