Teks Ucapan Wakil Murid Sempena SPM 2019

 

Teks Ucapan Wakil Murid Sempena SPM 2019 ini adalah melalui perkongsian Cikgu Saffiah Yusoff berhubung peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berlangsung mulai esok, 14 Oktober sehingga 28 November 2019 yang melibatkan seramai 416, 416 calon (KPM, 2019).

Sebak pulak admin membacanya 😢😢😢. Semoga anda semua dipermudahkan urusan dalam menduduki SPM ini. Jaga diri baik-baik ya.

Baiklah, berikut dikongsikan teks ucapannya.

Bismillahirrahmannirahim

Yang berusaha Pengetua SMK ……..

Barisan guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan calon SPM 2019 yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. di atas limpah rahmat-nya kita dapat bersama-sama dalam majlis restu ilmu calon SPM

Yang diadakan pada hari ini.

Guru-guru sekalian..

Lima tahun yang lalu ..pada tanggal 2 Januari 2015 sekumpulan murid…..dari kampung sekitar…

Malah jauh dari itu telah mendaftar sebagai ahli keluarga sekolah yang baru, ..hari demi hari kian berlalu..membesar dan mengenal dunia remaja di sekolah ini.. Berlari dan berkejaran .. Menimba ilmu, mengasah jati diri, mengenal dunia dengan lebih terbuka, membuka minda untuk melihat bahawa ada yang lebih besar di hujung sana. ..menyusun laluan hidup dengan bimbingan guru.

Sedetik, tak pun lebih..larian masa itu terlalu cepat berlalu..lima tahun..kini telah tiba ke penghujungnya..lima tahun yang penuh citra warna..

Beberapa kali terjatuh dan tersungkur ada tangan yang menyambut dan bangkit kembali.. Semua itu akan menjadi kenangan terindah..lucu mengenang semua itu. .. Di alun sayu perpisahan di penghujung garisan..

Cikgu sekalian..

Kami mungkin tak sempurna..tak sepandai mereka yang mampu ke sekolah berasrama penuh..atau MRSM..tidak juga sebijak mereka yang memperoleh semuanya gred a dalam peperiksaan dengan sebelah mata sahaja. Kami juga tak se hebat rakan- rakan seangkatan sekolah kluster cemerlang..

Kami tahu dan sentiasa mengukur baju di badan sendiri, kami tahu adalah lebih tidak beradab jika tidak mencuba dari menerima kegagalan setelah penuh berusaha…kami tahu bahawa usaha itu adalah sebahagian dari kejayaan.

Ketahuilah cikgu sekalian

Setiap daripada 200 orang calon SPM pada tahun ini tersemat keinginan untuk berjaya, azam untuk membina masa depan yang lebih cerah..sesetengah orang melalui jalan mudah untuk kehidupan, sesetengah yang lain di tentukan setelah berusaha, laluannya penuh berliku ..itu semua keadilan yang nyata dalam hidup. Allah tidak akan menguji sesuatu di luar kemampuan hambanya, melainkan Allah tahu hambanya mampu menanggung ujian tersebut.

Cikgu sekalian..

Lima tahun menukar seorang anak kecil lepasan dunia kanak-kanak kepada remaja yang melihat dunia dengan mata hatinya..lima tahun juga mampu merubah seorang yang dungu kepada mampu berfikir dengan bimbingan

Sesungguhnya kehidupan kami di sekolah ini bakal berakhir..

Mulai Isnin hadapan tiada lagi larian masuk kelas yang selama ini menjadi rumah kami dengan adik beradik yang ramai. Tiada lagi kita tertunggu tunggu bilakah cikgu kesukaan kami akan masuk kelas mencurahkan ilmu, tiada lagi bebelan dan ngomelan cikgu menasihati kami ,tiada lagi kejar mengejar di padang,..senda gurau di kantin, dalam kelas, perpustakaan dan di mana jua dalam kawasan sekolah ni.

Isnin hadapan..apa yang ada …hanyalah kami..semua tanpa cikgu tersayang..menghadap wajah pengawas peperiksaan dengan kertas bertanda sulit . Muka-muka pejuang di kiri, kanan yang sangat mendebarkan..

Cikgu…maafkan kami dari segala kebiadaban, kami tahu..kami bukan terbaik..

Cikgu..maafkan kami atas segala kesukaran dan kesusahan cikgu membenamkan ilmu ke dalam dada kami..

Maafkan kami kerana cikgu tak jenuh membetulkan sikap, sahsiah dan keperibadian kami..maafkan juga kerana sering kali menipu dan berbohong , kurang ajar, menidakkan sesuatu, tidak belajar bersungguh-sungguh, dan acap kali kami leka dan sering memberikan alasan..

Cikgu… Restuilah ilmu yang cikgu berikan, di dalam kelas ataupun di mana jua..secara terus atau secara tersembunyi, restuilah perjuangan kami..berkatilah dan halalkanlah segala ilmu yang cikgu berikan..semoga ada cahaya di penghujung terowong.

Rakan-rakan sekalian..berikan yang terbaik dari apa yang mampu kalian berikan untuk diri sendiri, keluarga, sekolah dan komuniti kita. Marilah kita saling bermaafan, berlapang dada, ..moga jejak kita mendapat berkat Ilahi.

Pada tahun 2019 ini.. Kami mengimpikan semua yang ada dalam dewan ini akan lulus dengan cemerlang.

Doakan impian ini akan tercapai.

Sekian

Wassalam..

Dapatkan “Teks Ucapan Wakil Murid Sempena SPM 2019” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : TEKS UCAPAN WAKIL MURID SEMPENA SPM 2019

 

Kredit kepada Cikgu Saffiyah Yusoff

Penutup

Buat yang terbaik ya. Admin doakan semoga anda semua berjaya. Kami, warga pendidik sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua di dunia dan di akhirat. Aamiin. Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Teks Ucapan Wakil Murid Sempena SPM 2019 memberikan informasi terkini kepada anda semua berhubung dunia pendidikan di Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.