Takwim Pengisian Markah dalam SAPS 2019

 

Takwim Pengisian Markah dalam SAPS 2019 ini adalah berdasarkan takwim yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertajuk Takwim Pengisian Markah Peperiksaan Dalaman Sekolah dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Tahun 2019.

Sehubungan dengan itu, berikut dikongsikan takwim tersebut:

Untuk tempoh terdekat ini, pengisian markah di SAPS bagi Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) akan dibuka mulai 1 November ini dan akan ditutup pada 8 Disember.

KLIK DI SINI untuk ke Portal Rasmi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Dapatkan “Takwim Pengisian Markah dalam SAPS 2019” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH 2019

 

Proses Kerja SAPS

1) Guru data HEM / PK HEM mendaftar Guru Kelas dalam sistem APDM.

2) Guru Kelas mengemaskini data murid dalam APDM.

3) Para guru mendaftar ID (login) masing-masing. Proses ini boleh dilakukan oleh guru secara individu atau juga boleh juga dibuat oleh SUP sahaja.

4) SUP membuat proses daftar guru menggunakan MENU ADMIN – GURU–TAMBAH GURU.

5) SUP mengimport data murid daripada APDM ke dalam SAPS dengan menggunakan butang Import Data Murid. SAPS akan mengambil data asas iaitu Nombor Kad Pengenalan, Nombor Surat Beranak, Nama, Jantina, Kaum, Agama, Kelas dan butiran Guru Kelas daripada APDM.

6) SUP mendaftar Pengetua/Guru Besar menggunakan MENU ADMIN-GURU-DAFTAR PENGETUA/GURU BESAR.

7) Guru mata pelajaran mendaftar mata pelajaran masing-masing menggunakan kemudahan MENU GURU MP-DAFTAR MP. Sila pastikan bilangan murid daftar adalah menyamai bilangan murid yang terkini. Jika bilangan murid daftar tidak menyamai bilangan murid sebenar, status pengisian markah peperiksaan akan menjadi tidak lengkap serta tidak boleh disahkan.

8) Guru mata pelajaran memasukkan markah dalam tempoh yang telah ditetapkan (sebelum tarikh tutup setiap kali peperiksaan). Semua murid perlu mempunyai markah. Catatkan TH bagi murid yang tidak hadir.

9) SUP menyemak status pengisian markah menggunakan MENU ADMIN – SEMAKAN -SEMAK KEY-IN MARKAH. Semakan perlu dibuat dengan kerap supaya prosedur seterusnya dapat dijalankan dengan segera. Laporkan status pengisian kepada pentadbir sekolah dari semasa ke semasa. Pengetua/Guru Besar juga boleh menyemak status pengisian markah menggunakan ID Pengetua atau Guru Besar.

10) SUP mengesahkan data bagi setiap aliran (tingkatan/darjah) sebaik sahaja guru mata pelajaran lengkap mengisi markah. Jika tidak lengkap seperti markah seorang murid tidak diisi atau bilangan daftar murid mata pelajaran tidak menyamai bilangan murid dalam kelas, pengesahan tidak akan dapat dibuat.

11) SUP mencetak lampiran pengesahan markah oleh pihak sekolah dan difailkan.

12) Guru Kelas mencetak slip peperiksaan kelas masing-masing untuk diberikan kepada murid/ibu bapa dan penjaga.

13) SUP melakukan tindakan proses markah dengan cara klik pada butang MENU ADMIN – PENGESAHAN MARKAH – PROSES MARKAH PEPERIKSAAN. Sila pastikan proses ini dijalankan. Jika tidak, laporan analisis dan slip pelajar tidak akan dijana. Sistem hanya akan benarkan data yang telah disahkan sahaja untuk diproses. Pengisian markah yang tidak lengkap atau belum disahkan SUP tidak akan diproses.

14) SUP mencetak laporan analisis peperiksaan dan difailkan. SUP perlu laporkan pencapaian semasa kepada pentadbir sekolah.

15) Pengetua/Guru Besar perlu pastikan dapatan disebarluas kepada semua panitia dan guru. Kendalikan sesi post mortem untuk mengenal pasti kelemahan murid dan langkah penambahbaikan yang boleh dibuat.

Untuk Setiausaha Peperiksaan yang Baru Dilantik dan Belum Mempunyai ID SAPS

Anda perlu mendaftar ID sebagai SUP terlebih dahulu. Kemudahan untuk mendaftar ID ada disediakan di laman utama SAPS di alamat http://sapsnkra.moe.gov.my dengan cara klik pada butang DAFTAR SU PEPERIKSAAN. Sila isikan maklumat anda dengan lengkap.

Masalah Tidak Boleh Menggunakan SAPS. Komputer Memaparkan Ralat “KOD AKSES ATAU KATA LALUAN SALAH! SILA LOGIN SEMULA”.

Berkemungkinan besar anda tersilap memasukkan ID atau kata laluan semasa login. Sila cuba semula. Jika masih hadapi masalah yang sama, sila buat semakan dengan pegawai meja SAPS PPD /JPN.

Untuk Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP) yang Terlupa Login 

Mohon bantuan pegawai meja SAPS di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menyemak login anda.

Untuk SUP yang Terlupa Kata Laluan

Mohon bantuan pegawai meja SAPS di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk RESET kata laluan anda. Setelah proses RESET dilakukan anda perlu login semula ke dalam sistem dengan menggunakan kata laluan sementara 12345678 dan menukar kata laluan yang baharu.

Untuk Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran yang Belum Mempunyai ID SAPS

Maklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP) anda untuk mendaftarkan anda dalam senarai pengguna sekolah anda. Kemudian, anda perlu mendaftar ID dan kata laluan terlebih dahulu. Kemudahan untuk mendaftar ID ada disediakan di laman utama SAPS di alamat http://sapsnkra.moe.gov.my. Anda perlu klik pada butang DAFTAR ID GURU. Sila isikan maklumat anda dengan lengkap.

Untuk Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran yang Tidak Boleh Menggunakan SAPS

Komputer memaparkan ralat “KOD AKSES ATAU KATA LALUAN SALAH! SILA LOGIN SEMULA”.
Berkemungkinan besar anda belum mempunyai ID guru yang sah, tersilap memasukkan ID atau kata laluan semasa login. Sila cuba semula. Jika masih hadapi masalah yang sama, sila buat semakan dengan SUP sekolah anda.

Untuk Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran yang Saya Terlupa Login

Mohon dapatkan login anda daripada SUP.

Untuk Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran yang Saya Terlupa Kata Laluan

Mohon SUP sekolah anda untuk RESET kata laluan anda pada modul KEMUDAHAN – SENARAI PENGGUNA. Setelah proses RESET dilakukan anda perlu login semula ke dalam sistem dengan menggunakan kata laluan sementara 12345678 dan menukar kata laluan yang baharu.

Untuk SUP yang Mendapati Butiran Murid dalam SAPS Tidak Sama dengan APDM

Padam murid tersebut daripada senarai nama murid. Seterusnya SUP perlu import semula murid berkenaan secara individu.

Untuk Setiausaha Peperiksaan Sekolah yang mana terdapat nama murid yang berulang dalam senarai nama SAPS-APDM dia saya membuat semakan melalui menu IMPORT DATA APDM – SENARAI MURID SAPS & APDM

Ia disebabkan APDM telah diubah. Kebiasaannya kes seperti ini berlaku apabila nombor Kad Pengenalan murid diubah atau disebabkan oleh murid berpindah kelas. Oleh itu, anda perlu padam nama murid yang berulang tersebut daripada senarai nama murid. Seterusnya SUP perlu import semula murid berkenaan secara individu.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini Takwim Pengisian Markah dalam SAPS 2019 memberikan informasi terkini kepada semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.