Senarai Anugerah Khas untuk Murid

 

Majlis Graduasi Dan Khatam Al Quran Perdana 1

Senarai Anugerah Khas untuk Murid ini dikongsikan hasil perbincangan daripada guru-guru yang sangat prihatin dalam menghargai murid bukan sahaja dari pencapaian akademik mereka semata-mata, aspek lain jugak dinilai.

Alhamdulillah, guru-guru dalam Facebook Group Tcer Collection yang diketuai oleh adminnya yang vogue, Cikgu Arisya Adam sudi memberikan keizinan kepada admin untuk kongsikannya dalam post kami. Terima kasih kepada guru-guru yang menyumbang idea ini.

Baiklah, memandangkan kita dah nak berada pada penghujung persekolahan untuk tahun ini, maka, bermulalah lagi ‘adat-istiadat’ setiap sekolah sebelum bermulanya cuti akhir tahun iaitu penganugerahan murid-murid.

Kita mahu meraikan semua murid, bukan akademik mereka sahaja dan alhamdulillah, nama-nama bagi setiap anugerah ni memang sesuai untuk digunakan dalam Majlis Penganugerahan Kecemerlangan Murid nanti.

Baiklah, berikut dikongsikan nama-nama anugerahnya:

Senarai Nama Anugerah

  1.  Anugerah Kehadiran Terbaik
  2.  Anugerah Murid Amanah
  3.  Anugerah Murid Proaktif
  4. Anugerah Murid Inovatif
  5.  Anugerah Murid Aktif
  6.  Anugerah Imam Muda Harapan
  7.  Anugerah Qari/Qariah Muda Harapan
  8.  Anugerah Sahsiah Terbaik
  9.  Anugerah SSDM ( Murid Yang Paling Buat Amalan Baik)
  10.  Anugerah Potensi Cemerlang
  11.  Anugerah Murid Berketrampilan Baik
  12.  Anugerah Ibnu Sina (Fizik)
  13.  Anugerah Al Khawrizmi ( Matematik)
  14.  Anugerah Ibnu Khaldun (Sosiologi)
  15.  Anugerah Murid Berpotensi ( Pemulihan )
  16.  Anugerah Murid Kreatif
  17.  Anugerah Ikon Murid
  18.  Anugerah Kepimpinan Terbaik
  19.  Anugerah Murid Contoh ( Nak Sedap Sikit Bagi Nama Bombastik 😅)
  20.  Anugerah Murid Prihatin
  21.  Anugerah Adiwira Cilik ( Yang Ni Tiru Kpm Sikit 😅 Bagi La Kat Murid Yang Bijak + Sahsiah Baik, Baru Adiwira )
  22.  Anugerah Seri Bestari
  23.  Anugerah Pencetus Ummah
  24.  Anugerah Pembimbing Rakan Sebaya
  25.  Anugerah Kelas Dinamik
  26.  Anugerah Kelas Terbaik
  27.  Anugerah Kelas Econova ( Kelas Kitar Semula)
  28.  Anugerah Kelas Sahsiah Tinggi
  29.  Anugerah Kelas Kreatif
  30.  Anugerah Kelas Bestari
  31.  Anugerah Pendita Za’aba ( Nilam)

Comel-comel kan anugerah ini, sedap didengar. Memang kalau guru-guru yang bersatu bagi idea, semua menjadi.

Semoga dengan penganugerahan sebegini memberi impak yang positif kepada semua anak didik kita untuk terus cemerlang dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Senarai Anugerah Khas untuk Murid memberikan manfaat kepada kita semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.