Soalan Akhir Tahun 2019

Program Sarapan Percuma Guna 2 Mekanisme

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

 

Program Sarapan Percuma Guna 2 Mekanisme ini adalah berikutan berita terkini berkaitan PSP yang akan dilaksanakan mulai tahun hadapan (2020).

Program Sarapan Percuma (PSP) ini akan dapat memanfaatkan kira-kira 2.7 juta murid sekolah rendah seluruh Malaysia dan program PSP ini akan mengguna pakai dua mekanisme bagi menjayakannya.

2 Mekanisme Program Sarapan Percuma

  1. Pengoperasian PSP selama 30 minit menggunakan kombinasi menu utama dalam bentuk makanan bermasak dan menu buah-buahan.
  2. Pengoperasian PSP selama 10 minit menggunakan kombinasi menu minuman produk tenusu seperti minuman berkhasiat dan menu makanan ringkas berkonsepkan sedia dimakan seperti roti, biskut, snek bijirin, kuih dan telur rebus.

Waktu Pemberian Sarapan Pagi

Waktu pemberian sarapan pagi ialah sebelum 8.30 pagi bagi murid sesi pagi dan sebelum 4.00 petang bagi murid sesi petang serta dijadualkan secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian sekolah.

Waktu makan murid akan dijadualkan secara berperingkat-peringkat dan lokasi tempat makan murid akan dipelbagaikan menggunakan ruang ataupun bilik yang ada di sekolah. Ini dapat memberikan masa untuk murid mencuci peralatan makanan masing-masing.

Makan di dalam Kelas

Di samping itu, kaedah makanan di dalam kelas bersama-sama guru merupakan satu langkah praktikal daripada segi ruang dan hubungan mesra guru dengan murid dan membimbing mengenai adab.

Kos Perbelanjaan

Program ini menelan belanja antara RM800 juta hingga 1.67 bilion, bergantung kepada jumlah hari persekolahan iaitu 200 hari.

Kos juga bergantung kepada penyediaan bahan mentah termasuk di kawasan pendalaman seperti di Sabah dan Sarawak. Kementerian juga akan memastikan pihak sekolah melaksanakan SOP yang ditetapkan bagi mengelak kejadian keracuan makanan.

Sumber: BERNAMA

Penjelasan Menteri Pendidikan berkaitan PSP

Di Dewan Rakyat hari ini (9 Oktober 2019), saya telah menjelaskan kenapa kita melaksanakan Program Sarapan Percuma (PSP) kepada lebih 2.7 juta murid tahun hadapan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua YB yang bertanya dan prihatin terhadap inisiatif penting ini.

Tujuan Pelaksanaan PSP

Tujuan kita laksanakan PSP ialah untuk memberikan makanan tambahan yang memenuhi keperluan nutrisi penting bagi pertumbuhan fizikal dan kognitif murid-murid di sekolah rendah.

Fokus PSP

Fokus PSP ialah nutrition security; yang bertujuan membekalkan makanan yang berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan yang seimbang.

Dapatan Murid Tidak Bersarapan

Laporan Teknikal National Health and Morbidity Survey 2017- Adolescent Nutrition Survey (NHMS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyatakan status pengambilan sarapan pagi dalam kalangan murid-murid bersekolah di Malaysia sangat membimbangkan.

Dapatan tinjauan ini menunjukkan bahawa 70% pelajar tidak bersarapan ketika mereka pergi ke sekolah.

Pertumbuhan Kanak-kanak Terbantut

Manakala Laporan Bank Dunia bertajuk Malaysia Economic Monitor: Realizing Human Potential, 2018, menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak yang terbantut masih tinggi di Malaysia.

Bukan itu sahaja, banyak kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan sarapan pagi mempunyai kesan positif kepada perkembangan kognitif dan pencapaian pelajar di sekolah

Kerjasama dengan Pihak Lain

Menu PSP dibangunkan bersama-sama dengan kepakaran pihak Kementerian Kesihatan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi memenuhi khasiat yang diperlukan oleh murid, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia dan NGO.

Penubuhan Jawatankuasa Khas PSP

KPM telah menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah bagi memastikan pelaksanaan PSP berjalan lancar, memenuhi objektif dan dapat dilaksanakan secara berterusan.

Pelaksanaan Projek Rintis PSP

KPM telah jalankan Projek rintis PSP di 7 buah sekolah bermula September hingga November 2019.

Sekolah rintis yang dipilih merupakan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah orang asli mengikut kawasan bandar dan luar bandar di empat (4) buah negeri mengikut enrolmen yang pelbagai, antara 47 murid hingga 2,380 murid.

Dapatan rintis ini akan dijadikan panduan untuk pelaksanaan PSP di seluruh negara.

Ketahui maklumat lebih lanjut berkaitan Program Sarapan Percuma (PSP) ini di sini:

  1. Sarapan Percuma buat Murid Sekolah Rendah Mulai 2020
  2. 10 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Sarapan Percuma buat Murid Sekolah Rendah Mulai 2020

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Program Sarapan Percuma Guna 2 Mekanisme memberikan informasi terkini kepada anda semua berhubung dunia pendidikan di Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

 

telegram sistemguruonline