Pendaftaran UPUOnline bagi Lepasan SPM 2019 Kini Dibuka

 

Pendaftaran UPUOnline bagi Lepasan SPM 2019 Kini Dibuka ini merupakan pemberitahuan terkini daripada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA , Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia buat pelajar khusus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini (2019).

Pendaftaran UPUOnline kini dibuka iaitu bermula pada 21 Oktober 2019. Pendaftaran ini termasuklah untuk urusan permohonan mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui kenyataan medianya pada 18 Oktober yang lalu menyatakan bahawa urusan kemasukan ke IPG dan Matrikulasi kini melalui portal rasmi UPUOnline, iaitu seperti kemasukan ke IPTA yang lain.

Kemasukan/Pengambilan

Urusan ini adalah untuk kemasukan pelajar ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), IPTA, Matrikulasi, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Kategori STPM/Setaraf dan SPM Sesi Akademik 2020/2021

Melalui urusan ini, pelajar boleh menyemak data di sistem UPUOnline bermula 21 Oktober 2019 tanpa membeli nombor pin.

Pelajar juga boleh membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) pada minggu ke 4 Februari 2020 iaitu sebelum keputusan SPM 2019 dikeluarkan.

Urusan ini juga hanya membolehkan pelajar memilih program hanya selepas lima hari setelah keputusan peperiksan diumumkan dan pelajar hanya akan dapat memilih program yang layak untuk mereka ikuti berdasarkan keputusan SPM mereka.

Cara Pendaftaran

KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR UPUONLINE BAGI KEMASUKAN PELAJAR SESI 2020/2021

Tarikh Tutup

Permohonan ini akan ditutup pada minggu terakhir bulan Mac 2020.

Tarikh Pengumuman Keputusan

Keputusan/tawaran mengikuti pengajian ke IPG/Matriks/IPTA akan diumumkan pada minggu ketiga, bulan Mei 2020.

Berdasarkan dasar single window single offer ini, pelajar hanya akan menerima SATU TAWARAN SAHAJA drp Matrikulasi/ IPG/ Asasi UA/ Diploma UA/ ILKA bagi Lepasan SPM.

Kepada adik-adik lepasan SPM tahun ini (2019), jangan lupa untuk mendaftar dan memohon di UPUOnline ini.

Admin doakan semoga adik-adik semua berjaya dengan cemerlang dalam SPM, Pengajian dan kerjaya nanti. Aamiin. Peperiksaan SPM masih berlangsung kan? Do your best OK? Banggakan mak ayah kita. 😊👍

Admin juga nak maklumkan bahawa banyak institusi/pihak yang menawarkan pembiayaan untuk adik-adik melanjutkan pengajian ini. Boleh click pada URL di bawah.

Senarai Lengkap Pihak yang Menawarkan Biasiswa dan Pembiayaan Pendidikan di Malaysia

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Pendaftaran UPUOnline bagi Lepasan SPM 2019 Kini Dibuka memberikan informasi terkini kepada anda semua khususnya kepada adik-adik lepasan SPM tahun ini. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.