Pemansuhan aliran Sains, Sastera belum muktamad

 

mansuh

Pemansuhan aliran Sains, Sastera belum muktamad ini merupakan berita terkini daripada Firdaus Azil, Astro Awani

Ini sekali gus untuk membetulkan pernyataan daripada pihak kami berikutan daripada berita sebelum ini bertajuk TIADA LAGI ALIRAN SASTERA ATAU SAINS MULAI TAHUN DEPAN

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menegaskan, kementeriannya belum memutuskan pelaksanaan pemansuhan aliran sastera dan sains mulai tahun hadapan.

81571549131 maszlee

Ujar Maszlee,ia masih di peringkat kajian dan tiada sebarang pengumuman dasar dibuat berhubung perkara itu.

“Kita tidak buat apa-apa pengumuman dasar, apa yang berlaku semasa ucapan saya di Jerman dalam sesi town hall pada 14 Oktober lalu. Laporan yang diberikan itu, menggambarkan seolah olah pengumuman dasar.

“Di masa hadapan, kita ingin memastikan supaya pelajar tidak terkongkong dengan aliran-aliran contoh pelajar aliran sains, yang boleh ambil subjek sastera. Pelajar sastera juga boleh mengambil subjek sains,” katanya ketika menjawab soalan mengenai dakwaan Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Ros yang bimbang cadangan pemansuhan aliran sains dan sastera boleh memberi implikasi di peringkat Universiti.

Dakwanya, ia sekali gus bertentangan dengan saranan kerajaan mengalakkan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Tambah Maszlee, kementerian sentiasa terbuka menerima pandangan pelbagai pihak berhubung cadangan itu demi kebaikan pendidikan negara.

Malah trend pendidikan dunia ketika ini, jelas Menteri Pendidikan itu, melibatkan pelajaran rentas aliran dalam memanfaatkan bidang pekerjaan.

Sehingga kini, belum ada sebarang keputusan dimuktamadkan.

Sehubungan dengan itu, admin mewakili pihak kami, Sistem Guru Online memohon maaf atas perkongsian kami sebelum ini yang bertajuk TIADA LAGI ALIRAN SASTERA ATAU SAINS MULAI TAHUN DEPAN kerana perkara ini belum lagi dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Insya-Allah, selepas ini, kami akan lebih berhati-hati dalam membuat hebahan berkaitan dunia pendidikan ini. Maafkan admin yek, Hihihi.

Apapun, kami akan sentiasa mengemas kini berita berkaitan perkara ini. Terima kasih kerana setia bersama kami.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Pemansuhan aliran Sains, Sastera belum muktamad memberikan informasi terkini kepada anda semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.