Panggilan Temu duga Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan Gred DH41 2019.
Ini merupakan hebahan terkini daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bertarikh 14 Oktober 2019 berkaitan temu duga bagi jawatan PPPT untuk Gred DH29 dan DH41 bagi tahun ini (2019)
Semakan panggilan untuk menduduki bagi jawatan ini kini boleh dilakukan di SINI
Perhatian
Bagi calon PPPT Gred DH29 bidang KECANTIKAN dan DANDANAN RAMBUT SAHAJA, sila klik MAKLUMAT TAMBAHAN DH29.
Calon adalah diingatkan untuk mengisi/ memenuhkan BORANG MAKLUMAT DIRI dan membawa dokumen berkaitan seperti dalam SENARAI SEMAK
Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi (PPPT)
Jawatan : Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
Kementerian / Jabatan : Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Professional
Klasifikasi Perkhidmatan : Klasifikasi Perkhidmatan Pendidikan
Jadual Gaji Minimum Maksimum
Sila rujuk di SINI.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Kelayakan Untuk Lantikan Terus ke Gred DH29
- Diploma dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH29 : RM 1,588.45); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH29:RM1,661.95); atau [Calon-calon yang memiliki Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya akan dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan]. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH29:RM1,735.44); atau - Diploma dalam bidang pertanian/ kejuruteraan/ senibina/ ukur bahan/ ukur tanah/ ukur bangunan/ seni bina landskap/ perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH29:RM1,735.44).
- [Calon-calon yang memiliki Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya akan dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan]. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH29:RM1,808.94); atau
dan
kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Kelayakan Untuk Lantikan Terus ke Gred DH41
- ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,120.73); atau [Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan] (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94); atau
- ijazah sarjana muda kepujian dengan pendidikan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94); atau
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94); atau [Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan] (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,325.14); atau
- Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94); atau [Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan] (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,325.14); atau
- ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan/ ukur bahan/ ukur tanah/ ukur bangunan/ seni bina landskap/ perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,325.14); atau
- [Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan] (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,427.35); atau
- Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,529.56); atau
- [Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan] (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,631.77); atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,733.98); [Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan] (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,836.19); atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,836.19);[Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan] (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,938.40); atau
- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,938.40);[Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan] (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM3,040.60); atau
- ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,631.77); atau [Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan] (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,733.98); atau
- ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,938.40). [Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan] (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM3,040.60)
dan
- Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Taraf Jawatan
Tetap
Penaklukan Di Bawah syarat-syarat perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Fungsi Tugas / Bidang
Bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan profesional meliputi aspek-aspek dan aktiviti-aktiviti seperti berikut
- pengurusan pelajar;
- pengurusan organisasi;
- pengurusan dasar;
- penyelidikan, pengkomersilan dan khidmat nasihat;
- jaringan dan kolaborasi; dan
- pengurusan sumber manusia.
SUMBER: SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Panggilan Temu duga Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan Gred DH41 2019Â memberikan informasi terkini kepada anda semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.