Panduan pelaksanaan tulisan khat sedang disiapkan

 

CIKGU SUHAIMIN 24
Sumber Gambar: Sarawak Voice

Panduan pelaksanaan seni khat sedang disiapkan ini merupakan berita terkini berkaitan pengenalan seni khat mulai tahun depan (2020).

Pada Tahap 2, murid diperkenalkan dengan seni khat bagi memberi pendedahan tentang seni penulisan khat melalui pembelajaran peribahasa. Hal ini diharapkan dapat memupuk minat murid terhadap penulisan khat.

Melalui pembelajaran aspek ini, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. (DSKP KSSR Semakan Bahasa Melayu Tahun 4).

image 1
Sumber Gambar: GPS Bestari

Kementerian Pendidikan (KPM) kini dalam proses menyediakan garis panduan berkaitan tatacara pelaksanaan pengenalan seni dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4.

41565254078 TBMASZLEE
Sumber Gambar: Astro Awani

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata surat siaran akan diedarkan kepada semua sekolah di seluruh negara sebelum bermulanya sesi persekolahan 2020 bagi memastikan pelaksanaan pengenalan tulisan jawi di sekolah tahun hadapan berjalan lancar.

73021281 2671818799523432 1842972416628752384 n

“Walau apa pun isu yang timbul berkenaan pengenalan tulisan jawi ini, saya ingin tegaskan bahawa KPM akan terus melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan tulisan jawi sebagai sejarah warisan negara diperkasakan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa,” katanya pada sesi Persidangan Kamar Khas Dewan Rakyat di sini hari ini.

Maszlee berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah semakan bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 4 dan pengenalan Seni Tulisan Khat sebagai pengisian tambahan.

IMG 20190325 WA0074 e1564810799381

Pada 3 Ogos lepas, kerajaan memutuskan pelaksanaan tulisan khat jawi akan dilaksanakan secara pilihan dan hanya akan dilakukan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid SJK manakala di Sekolah Kebangsaan akan diteruskan seperti biasa.

Untuk tujuan pemerkasaan pelaksanaan itu, beliau berkata pihaknya akan menyediakan ruang penulisan tulisan jawi dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti Tamadun Islam, Tunas Cipta, Dewan Pelajar yang boleh disebarkan kepada murid pelbagai kaum.

“Selain itu, KPM akan melantik Munsyi Dewan (Jawi) dalam kalangan penggiat tulisan Jawi. Sehingga kini, terdapat 51 Munsyi Dewan (Jawi). Kementerian akan melaksanakan program dan klinik Jawi seperti Kursus Pembinaan Munsyi Dewan (Jawi) serta Kursus Pengkaedahan Jawi Guru KAFA,” katanya.

Walaupun tiada keperluan menetapkan setiap murid wajib lulus pengenalan tulisan jawi buat masa ini, Maszlee berkata ia merupakan strategi bagi menyokong pelaksanaan kemahiran bahasa selain memperkayakan murid dengan pengetahuan seni, warisan serta Bahasa Melayu.

Katanya tulisan jawi bukan merupakan suatu mata pelajaran atau subjek, tetapi diperkenalkan sebagai aspek seni bahasa.

“Besarlah harapan saya agar isu ini tidak dipolitikkan, sebaliknya marilah kita menjadikan pendidikan sebagai wadah utama perpaduan rakyat Malaysia selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” katanya.

Sumber: BERNAMA, ASTRO AWANI

BACA JUGA

  1. Tulisan Khat dalam Kurikulum Bahasa Melayu Tahun 4 Diperkenal pada Tahun Depan (2020)
  2. 10 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU BERKAITAN PENGENALAN TULISAN KHAT MULAI TAHUN DEPAN

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini Panduan pelaksanaan seni khat sedang disiapkan memberikan informasi terkini kepada semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.