Mohon Matrikulasi dan IPG kini melalui UPUOnline

CIKGU SUHAIMIN 21

Mohon Matrikulasi dan IPG kini melalui UPUOnline ini adalah melalui kenyataan media KPM bertarikh 18 Oktober 2019 (hari ini).

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA, JPT),Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah Bahagian yang menyelaras permohonan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Mulai Sesi Akademik 2020/2021

Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan diselaraskan di bawah “Single Window, Single Offer”.

paparan depan2

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi KPM atau Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu membuat permohonan melalui sistem UPUOnline yang dikendalikan oleh BKPA, JPT.

Permohonan

Permohonan kemasukan ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan dan Institut Pendidikan Guru (IPG) pengambilan sesi 2020/2021 akan dibuka selewat-lewatnya hujung bulan ini menerusi sistem dalam talian di http://upu.moe.gov.my

Masa min dulu (2014), min mohon IPG melalui laman sesawang pismp.moe.gov.my.

PISMP 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia

Sila hubungi alamat dan talian berikut untuk sebarang pertanyaan:

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4. NO2, MENARA 2. JALAN P56, PRESINT 5
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62200 PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8870 8200
E-mel: upu@moe.gov.my

SILA ZOOM IN PADA GAMBAR UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN LEBIH JELAS

KENYATAAN MEDIA PERMOHONAN UPUOnline BAGI KEMASUKAN MATRIK DAN IPGM

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Mohon Matrikulasi dan IPG kini melalui UPUOnline memberikan informasi terkini kepada anda semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.