Memohon Sumbangan Ikhlas bagi Membantu Pembiayaan Kos Perubatan Sakit Tulang Belakang Kronik, Saudara Muhammad Yusoff Fahmi bin Mansor.
Merujuk perkara di atas, saudara kita, Yusoff, siswa guru tahun akhir dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar akan menjalani rawatan tulang belakang (Facet Joint Syndrome) untuk kali kedua di KPJ Sentosa, Kuala Lumpur dengan jumlah rawatan sebanyak lebih kurang RM 8k, tidak termasuk alat-alat bantuan perubatan yang juga menelan kos yang tinggi.
Sebelum ini, iaitu kali pertama beliau mendapat rawatan, kos perubatannya telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 10k.
Kini beliau berada pada Semester 7 (Semester 1 Tahun 4) dan dijangka akan menamatkan pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG pada Mei tahun depan (2020).
InsyaAllah, beliau akan mendapat rawatan perubatan kali kedua pada 28 Oktober ini.
Dengan rendah hati, Min mengajak kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan ikhlas untuk membantu saudara kita ini, anda boleh menyalurkan sumbangan ke akaun milik beliau seperti berikut:
Akaun Bank Simpanan Nasional:
02122 41 00001303 6
Muhammad Yusoff Fahmi Bin Mansor
Ayuh kita sama-sama bantu rakan Min ni. Tak dapat bantu untuk hulur sumbangan dalam bentuk kewangan, bantu Min kongsikan post ini agar individu yang lain dapat tahu akan perkara ini.
Min juga mohon kepada anda semua agar doakan saudara kita ini, semoga beliau diberikan kesembuhan dan dapat menjalani pengajian PISMP di IPG seperti biasa dengan baik. Aamiin.
Semoga anda semua di dalam rahmat Allah SWT. Jutaan TERIMA KASIH daripada Min kerana sudi turut membantu.