Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah

 

vape

Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah ini adalah berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 17 Tahun 2015 bertarikh 1 Disember 2015.

Sekolah merupakan institusi murid-murid mendapatkan pendidikan secara holistik, termasuklah usaha-usaha pemupukan budaya dan nilai-nilai murni masyarakat di Malaysia.

Dalam usaha tersebut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima aduan tentang penggunaan rokok elektronik atau vape yang turut melibatkan murid-murid.

KPM memandang berat akan hal ini dan berpandangan bahawa perkara tersebut perlu ditangani segera kerana bertentangan dengan usaha pemupukan budaya dan nilai-nilai murni.

Penggunaan rokok elektronik atau vape boleh membahayakan keselamatan murid dan kesihatan serta mendedahkan mereka kepada risiko penyalahgunaan dadah.

1154517shutterstock 150479351p

Sehubungan dengan itu, rokok elektronik atau vape dilarang penggunaannya dalam kawasan sekolah. Langkah ini adalah untuk membendung pengaruh dan budaya tidak sihat tersebut khususnya dalam kalangan murid-murid sekolah.

Larangan ini termasuk perbuatan membawa, menghisap, mengedar, menjual, memiliki, menyimpan, mempamerkan, menyiarkan, menyebarkan atau mengiklankan rokok elektronik atau vape termasuk e-liquid dan sebarang alatan yang berkaitan dengannya.

Pihak berkuasa di sekolah hendaklah mengambil langkah-langkah yang berikut:

  1. mengadakan sesi taklimat larangan penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah kepada murid, ibu bapa dan warga sekolah;
  2. menghantar laporan taklimat kepada Unit Hal Ehwal Murid Pejabat Pendidikan Daerah Jabatan Pendidikan Negeri;
  3. mencatat perbuatan murid yang melanggar larangan penggunaan rokok elektronik atau vape sebagai kesalahan disiplin berat. Pihak sekolah boleh merampas rokok elektronik atau vape tersebut;
  4. merujuk murid yang terlibat kepada Jawatankuasa Disiplin Sekolah;
  5. mematuhi prosedur tindakan terhadap kesalahan berat dalam menangani larangan penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah.

Sekiranya ada murid yang mengingkari larangan ini, maka pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapapenjaga murid yang terlibat untuk:

  1. memaklumkan kesalahan murid dan mendapat kerjasama dalam membendung permasalahan anakjagaan mereka
  2. melengkapkan borang Aku Janji (Lampiran I);
  3. menyerahkan kembali rokok elektronik atau vape yang dirampas kepada ibu bapa/penjaga murid berkenaan.

Mana-mana murid yang mengingkari larangan ini bagi kali yang kedua, maka pengetua atau guru besar sekolah boleh mengambil tindakan disiplin dengan menggantung persekolahan mereka selama tidak lebih 14 hari persekolahan yang tidak melibatkan peperiksaan awam

Dengan berkuat kuasanya surat siaran ini juga, semua guru, kakitangan, ibu bapa, pengusaha kantin, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah juga dilarang daripada menggunakan rokok elektronik atau vape di kawasan sekolah.

YBhg. DatukDatintuanpuan dimohon untuk memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pengetua dan guru besar di bawah pentadbiran YBhg/Datuk/Datin/tuan/puan.

Dapatkan “Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 17 Tahun 2015” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 17 Tahun 2015 + Borang Aku Janji

 

 

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah memberikan informasi terkini kepada semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.