Kekosongan Jawatan Pensyarah Akademik Kolej Matrikulasi KPM ini adalah iklan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
KPM mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/ DG48 (KUP) / DG48 yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pensyarah Akademik di kolej matrikulasi KPM.
SYARAT-SYARAT UMUM
- PPP Gred DG44/ DG48 (KUP) / DG48 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP); - Markah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85 % bagi tahun 2016, 2017 dan 2018;
- Bebas daripada tindakan tatatertib;
- Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun;
- Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan
SYARAT-SYARAT KHUSUS
- Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan bagi kursus yang dimohon;
- Fasih dalam Bahasa Inggeris (penulisan dan pertuturan);
- Bagi permohonan sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris, PPP perlu berada pada tahap
penguasaan minimum Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) C1; - Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik; dan
- Sedia berkhidmat di kolej matrikulasi yang ditawarkan sekurang-kurangnya 3 tahun.
KEKOSONGAN JAWATAN
Kekosongan jawatan adalah seperti berikut:
Bil | Kolej Matrikulasi | Kursus |
1 | Labuan | Sains |
Kimia | ||
Fizik | ||
Biologi | ||
Bahasa | ||
2 | Johor | Sains Komputer |
Kimia | ||
Biologi | ||
Perakaunan | ||
Bahasa Inggeris | ||
3 | Perak | Sains |
Kimia | ||
Fizik | ||
4 | Pahang | Sains Komputer |
Kimia | ||
Fizik | ||
Biologi | ||
Bahasa Inggeris | ||
5 | Kelantan | Sains |
Kimia | ||
Fizik | ||
Biologi | ||
Perakaunan | ||
Bahasa Inggeris | ||
6 | Sarawak | Sains |
Kimia | ||
Biologi | ||
Bahasa Inggeris | ||
7 | Kejuruteraan | Kimia |
Fizik | ||
Bahasa | ||
8 | Kejuruteraan Johor | Sains Komputer |
Fizik | ||
Bahasa Inggeris |
CARA MEMOHON
Tindakan Pemohon
- Melengkapkan maklumat yang diperlukan seperti di Lampiran A; dan
- Mencetak maklumat permohonan secara depan belakang, mengepilkan maklumat
berdasarkan senarai semak dan mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan bagi tujuan sokongan.
Tindakan Ketua Jabatan
- Melengkapkan ruangan sokongan Ketua Jabatan beserta ulasan (mandatori);
- Mengemukakan permohonan yang disokong sahaja kepada Bahagian Matrikulasi melalui alamat berikut:
Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6&7, Blok E15, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan 62604 Putrajaya.Â
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh dibuat talian telefon 03-8884 4083/ 4081/ 4067/ 4078.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2019.
KEPUTUSAN
Hanya pegawai yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga. Sekiranya tiada sebarang jawapan diterima daripada urus setia dalam masa 12 bulan dari tarikh tutup permohonan, permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Dapatkan “Borang Permohonan” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : BORANG PERMOHONAN JAWATAN PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI
Borang Permohonan
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Kekosongan Jawatan Pensyarah Akademik Kolej Matrikulasi KPMÂ memberikan informasi terkini kepada anda semua berhubung dunia pendidikan di Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.