Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya KPM

 

CIKGU SUHAIMIN 27

Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya KPM ini adalah berdasarkan surat edaran KPM bertarikh 22 Oktober 2019.

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi JPWPP, KPM seperti maklumat berikut:

PPP

Sehubungan dengan itu, JPWPP, KPM ingin mempelawa pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan di bawah pentadbiran pihak YBhg/Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan bagi mengemukakan permohonan untuk disaring dan ditemuduga sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan.

  1. Iklan Kekosongan jawatan seperti di Lampiran A; dan
  2. Borang Permohonan seperti di Lampiran B

Diharapkan pihak YBhg/Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan dapat menghebahkan pelawaan ini kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran YBhg/Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan dan diterima sebelum atau pada 8 November 2019 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari ke alamat berikut:

Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u p : Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, Sektor Sumber Manusia)

Sekiranya pihak YBhg. Datuk Dato’ Datin Dr. Tuan Puan mempunyai sebarang pertanyaan  berhubung perkara ini, pegawai pihak YBhg. Datuk Dato’ Datin Dr. Tuan Puan boleh menghubungi pegawai di bawah:

  1. Encik Mohd. Sariman bin Mat Rani 03-8889 0000
  2. Puan Norrayadi binti Saari 03-8889 0000

Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk Dato’ Datin Dr. Tuan Puan berikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kekosongan Jawatan

PPP2

Kelayakan

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam perkhidmatan, serta berada di gred DG4448 sahaja;
  2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85 peratus (%) berdasarkan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tiga (3) tahun terkini (2016, 2017 dan 2018);
  3. Bebas dari tindakan tatatertib;
  4. Telah mengisytiharkan harta (tempoh lulus isytihar harta tidak melebihi lima (5) tahun);
  5. Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  6. Bebas dari senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
  7. Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik;
  8. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Cara Mengemukakan Permohonan

  1. Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengunakan Lampiran B seperti di lampiran;
  2. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui ketuajabatan masingmasing yang disertakan dengan Kenyataan Perkhidmatan yang di kemaskini dan markah Nilai Prestasi Tahunan (LNPTPBPPP) untuk 3 tahun terakhir;
  3. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil kelayakan, Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran yang telah disahkan
  4. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui ketua jabatan adalah ditolak.
  5. Semua permohonan di borang perlu diisi dengan jelas. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menerima makluman berkenaan urusan temuduga tersebut. Dengan itu, urus setia tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemohon tersebut tidak dapat dihubungi.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup iklan adalah pada 8 November 2019 (Jumaat) jam 12,00 tengah hari.

Urusan Temu Duga

Calon yang layak akan dipanggil temu duga selewat-lewatnya dalam tempoh satu bulan daripada tarikh iklan ini.

Dapatkan “Dokumen Berkaitan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya KPM” di sini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya KPM

  1. SURAT EDARAN + LAMPIRAN A – BUTIRAN + LAMBIRAN B – BORANG PERMOHONAN

 

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya KPM memberikan informasi terkini berkaitan peluang pekerjaan dan kerjaya di Kementerian Pendidikan Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.