Kekosongan Jawatan Nazir Sekolah di Jemaah Nazir KPM

 

Kekosongan Jawatan Nazir Sekolah di Jemaah Nazir KPM ini merupakan pemberitahuan terkini berdasarkan Surat Edaran bertarikh 17 Oktober 2019 dan permohonan ini akan ditutup pada 8 November 2019.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jernaah Nazir (JN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dari Bahagian YBhg. Datuk Dato’ tuan puan yang henninat untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Pengarah Nazir Sekolah di Bahagian ini.

Pegawai-pegawai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan dan dokumen berkaitan ke pejabat JN pilihan pegawai. Hanya calon-calon yang memenuhi tapisan akan dipanggil ke temu duga yang diuruskan di setiap pejabat JN.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan jawatan ini ialah pada 8 November 2019 (Jumaat).

Bersama-sama ini disertakan lampiran-lampiran berikut untuk perhatian dan hebahan kepada PPP di Bahagian YBhg. Datuk Dato’ tuan/puan

  • Iklan kekosongan jawatan (Lampiran A)
  • Borang permohonan Nazir Sekolah (Lampiran B)

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan secara e-mel kepada:

Dapatkan “Dokumen Kekosongan Jawatan Nazir Sekolah di Jemaah Nazir KPM” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Kekosongan Jawatan Nazir Sekolah di Jemaah Nazir KPM

  1. SURAT EDARAN IKLAN KEKOSONGAN
  2. LAMPIRAN A – IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
  3. LAMPIRAN B – BORANG PERMOHONAN UNTUK JAWATAN NAZIR SEKOLAH

 

LAMPIRAN A IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH NAZIR SEKOLAH JEMAAH NAZIR KEMENTERIAN PENDID1KAN MALAYSIA

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan gred DG44 dan DG48 di Jemaah Nazir (JN), Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut:

Kriteria

  1. Berada pada gred DG44 (Hakiki KUP Cemerlang) atau DG48 (Hakiki KUP Cemerlang).
  2. Mempunyei sekurang-kurangnya 8 tahun pengalaman berkhldmat di sekolah atau 5 tahun di sekolah dan 3 tahun di Bahagian KPM JPN PPD di mana tempoh berkhidmat ini tidakdak termasuk tempoh Cuti Belajar Cuti Tanpa Gaji.
  3. Kemahiran berkomunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  4. Kemahiran yang baik clalam penulisan laporan
  5. Berkemahiran dalam penggunaan komputer seda aplikasi perisian
  6. Mencapai markah penilaian prestasi sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga tahun berturut-turut
  7. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib surcaj
  8. Tahap kesihatan yang baik
  9. Tidak berada dalam keberhutangan kewangan yang serius
  10. Memiliki lesen memandu yang sah dan boleh memandu
  11. Boleh bekerja di luar waktu pejabat dan di luar stesyen

Cara Memohon

Calon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Nazir (Lampiran B) dan melampirkan dokumen sokongan seperti berikut melalui Ketua Jabatan ke mana-mana Pejabat Jemaah Nazir pilihan calon (alamat seperti di para 5):

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemas kini
  3. Perakuan Markah Penilalan Prestasi (LNPT PBPPP) untuk tiga (3) tahun berturut-turut (tahun 2018, 2017 dan 2018)
  4. Pemkuan Tindakan Tatatertib Surcaj Keterhutangan Kewangan Yang Serius daripada Ketua Jabatan
  5. Kelayakan Cuti yang telah dikemas kini dan disahkan
  6. Salinan sijil-sijil kelayakan akademik

Alamat

Permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan akan ditolak oleh Bahagian ini dan tidak akan diproses

Kaedah Pelaksanaan

Hanya calon-calon yang memenuhi kriteria dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.

Calon-calon yang tidak dihubungi sebelum atau pada 8 November 2019 dianggap Tidak Berjaya dan tiada surat makluman akan dikeluarkan kepada calon.

Segala perbelanjaan menghadiri temu duga sepedi kos penginapan, pengangkutan dan makan minum adalah di hawah tanggungan calon sendiri.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Kekosongan Jawatan Nazir Sekolah di Jemaah Nazir KPM memberikan informasi terkini berkaitan peluang pekerjaan dan kerjaya di Kementerian Pendidikan Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.