Inti pati Belanjawan 2020 untuk Pendidikan

 

belanjawan 2020

Inti pati Belanjawan 2020 untuk Pendidikan ini adalah berdasarkan siaran langsung Pembentangan Belanjawan 2020 pada hari ini (11 Oktober 2019) di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Sebelum itu, admin nak kongsi jugak la, perkataan inti pati yang merujuk kepada bahagian yang terpenting (terutama) dalam sesuatu perkara DITULIS SECARA JARAK antara satu sama lain dan BUKAN DIGABUNGKAN. Ini berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat seperti di bawah:

saa

b2020 logo

Seperti kita sedia maklum, Belanjawan 2020 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Tuan Lim Guan Eng sebentar tadi.

Kita khususnya rakyat Malaysia pasti ternanti-nanti akan inti pati belanjawan ini untuk tahun depan (2020).

aeTYWAE

Ramai rakyat Malaysia berkongsi harapan dan keinginan mereka untuk Belanjawan 2020 termasuk hasrat untuk melihat pelaksanaan inisiatif sosioekonomi yang memberi kesan secara langsung terhadap transformasi digital yang berterusan di bawah Revolusi Industri Keempat (IR 4.0).

Orang ramai tidak sabar untuk mendengar pengumuman inisiatif berkenaan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat dan lebih banyak peluang untuk menikmati kehidupan berkualiti.

Kebanyakan ahli ekonomi menyatakan harapan bahawa belanjawan kali ini perlu memberikan hala tuju yang lebih besar daripada kerajaan menerusi visinya dan memberi tumpuan kepada pertumbuhan yang mampan.

Sementara itu, persatuan perubatan mendesak kerajaan supaya mengkaji semula keberkesanan dan kelemahan dasar kesihatan sedia ada demi manfaat untuk rakyat.

Menerusi matlamat utama untuk meningkatkan kemakmuran rakyat dalam cara yang adil dan inklusif, kerajaan Pakatan Harapan mendengar suara rakyat sambil berusaha mengotakan janjinya untuk memulihkan Malaysia kepada kedudukan fiskal yang lebih kukuh menjelang 2022, walaupun mewarisi kedudukan kewangan yang membimbangkan.

Majoriti penganalisis berkata Belanjawan 2020 akan mencerminkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bertujuan menyusun semula ekonomi dan jurang perbezaan antara orang kaya dan golongan miskin.

Sehubungan dengan itu, berikut dikongsikan inti pati kandungan Belanjawan 2020 yang berkaitan dengan #PENDIDIKAN.

Tema Belanjawan 2020

Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama

Peruntukan untuk KPM #RM64.1B

Perkara ini adalah di bawah Teras Kedua Belanjawan 2020, Strategi 7 iaitu Pelaburan Pendidikan dan Bakat yang mana Kementerian Pendidikan menjadi penerima peruntukan terbesar sebanyak RM60.2 bilion pada tahun 2019 kepada RM64.1 bilion pada tahun 2020.

72728759 2647723118599667 4909601013255634944 n

yeare

Inti pati Belanjawan 2020 untuk #Pendidikan

cuti bersalin

hfZH

eYWYW

EgZWRyh

dgs

ewtewt

rdayarey 1

dhfhz

rerzyhzea

zdreu

ureawaaaaue

yraeyrae

yreayzer

gagyar

gdzfryhzerr

Meningkatkan Perkhidmatan Awam

dH

gEYwe

tETwa

gEYw

#1 Perkhidmatan awam merupakan tonggak pentadbiran Kerajaan dalam mendukung kemajuan negara. Penjawat awam yang kini berjumlah >> 1.6 juta telah mendedikasikan kerjaya mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara. Justeru, bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti penjawat awam, Kerajaan akan menambah baik saraan penjawat awam, antaranya:

  • Pertama: >>Menaikkan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan sebanyak
    RM350 juta setahun;
  • Kedua: >>Membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai. Bayaran gantian ini adalah bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun; dan
  • Ketiga: >>Menawarkan Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baharu kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

#2 Sebagai tambahan, bagi membantu meringankan beban waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, Kerajaan akan memperkenalkan:

  • Pertama: >>Faedah Ex-Gratia Kematian yang akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000; dan
  • Kedua: >>Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.

#3 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam mulai 1 Januari 2020 dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta.

#4 Sebagai penghargaan kepada perkhidmatan yang telah mendapat perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, semua>> anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan sebanyak
RM35 juta bagi tahun 2020. Ini akan memberi manfaat kepada 14,400 anggota bomba.

#5 Kerajaan menghargai pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia. Oleh itu, bayaran secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia yang melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta.

#6 Selaras dengan falsafah 3R iaitu Repair, Replace and Restore, Kerajaan akan memperuntukkan >>RM330 juta kepada Bahagian Pengurusan Hartanah di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membaiki dan menyelenggara kuarters penjawat awam. Sebagai tambahan, RM150 juta untuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan RM250 juta untuk kuarters PDRM juga akan diperuntukkan bagi tujuan membaiki dan menyelenggarayang sama.

#7 Kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, doktor, jururawat, guru dan semua penjawat awam atas bakti perkhidmatan mereka. Kerajaan ingin mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah. Bagi pesara kerajaan, Bantuan Khas Kewangan RM250 akan diberikan. danIa juga turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen. Kedua-dua bantuan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2019 ini.

Dapatkan “Teks Ucapan Belanjawan 2020” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Teks Ucapan Belanjawan 2020

SUMBER: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Inti pati Belanjawan 2020 untuk Pendidikan memberikan informasi terkini kepada anda semua berhubung dunia pendidikan di Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.