Denda tapi berilmiah, confirm murid akan ingat selamanya

CIKGU SUHAIMIN 6

Denda tapi berilmiah, comfirm murid akan ingat selamanya. Ya. Itulah tajuk status Ummi Wafa atau nama sebenar, Aminah Mat Yusoff di laman Facebooknya yang berkongsi tentang denda. Bacalah wahai pendidik sekalian.

Kita selalu tercari-cari denda yang sesuai dengan kesalahan murid. Pernah juga rasa kecewa apabila denda yang kita lakukan tidak lagi berkesan malah menimbulkan kesan negatif kepada sikap murid.

1. Denda bukan seksaan

Kena faham konsep denda yang sebenar, kita menghukum murid dengan tujuan menjadikan mereka lebih baik, beradab, berakhlak, rajin, bersungguh-sungguh dan lebih bertanggungjawab.

pengalaman kena denda di sekolah kena denda8

Denda ialah pengajaran. Tidak menyakitkan tetapi memberi ruang untuk anak didik bermuhasabah di atas kesalahan, kenakalan dan keculasan yang mereka lakukan.

Cikgu mesti berada dalam situasi dan emosi yang stabil ketika menghukum murid, kerana perasaan marah dan tertekan punca tindakan menjadi tidak waras.

2. Nak marah ada caranya.

Langkah pertama, mestilah nasihat dulu. Spesifik kepada kesalahan, biar murid faham.

guru memaki murid

Jaga privacy murid, supaya mereka tidak merasa rendah diri. Cikgu yang tinggi rasa hormat akan dihormati murid.

Jangan lakukan di khalayak ramai, depan kawan atau depan cikgu2. Bawa murid ini ke bilik tertutup dan bercakap secara berhikmah.

Kenapa mesti lakukan begini?

Murid yang berada dalam kelas sangat tidak suka mendengar leteran cikgu di atas kesalahan orang lain. Mereka rasa terbeban dan masa terbuang begitu sahaja.

3. Denda biar setimpal dan bermanfaat.

Denda semasa-mata memang rugi.

a) Akhlak buruk:

Lakukan kerja-kerja kebajikan, tujuannya memperbaiki akhlak dan melembutkan hati yang keras.

Contoh : Bantu guru susun buku
Membersih kelas, mengecat, mengutip sampah.

b) Tidak siapkan kerja sekolah :

Beri jawatan sementara.
Memupuk rasa tanggungjawab terhadap amanah yang diberikan oleh guru.

Contoh: lantik sebagai Ketua yang mengumpulkan buku latihan untuk semua subjek. Dia juga orang yang bertanggungjawab menyerahkan kesemua buku itu kepada cikgu.

Penting, cikgu jelaskan skop tugasan, biar murid faham kenapa dia dilantik.

c) Bergaduh.

Murid yang suka bergaduh kurang kasih sayang, kurang perhatian, kurang keyakinan diri, kurang kawan.

Bagi apa yang mereka mahu. Mudah je, berikan peluang mereka menonjol diri.

Contohnya: Bentangkan tugasan, bersajak, pidato atau apa-apa sahaja bakat yang mereka ada di hadapan kelas atau tapak perhimpunan.

Kesannya, mereka rasa diperlukan, dihargai, mendapat perhatian, rasa dikasihi dan rasa dominan dengan cara yang positif.

d} Mencarut.

Selalu dengar ” Cikgu zip mulut awak boleh?”

Mencarut bermaksud hati dan fikirannya kotor,
Petuanya ayat Al-Qur’an, ayat-ayat suci ini seperti air yang membasuh kotoran.

Caranya: Beri satu surah pendek, suruh dia hafal sampai ingat. Surah terbaik untuk masalah ini ialah As-Syarh/Insyirah.

e) Mencuri.

Murid yang mengambil barang kawan ada dua kategori:

Pertama, murid susah teringin miliki apa yang kawan ada tapi parents tak mampu.

Hukuman yang sesuai untuk mereka ialah, tanam rasa belas ehsan pada orang lain. Membantu kawan, Memberi makan pada haiwan, siram pokok, menjadi murid turus.

Cikgu boleh ganjarkan segala kebaikan dan pertolongan yang diberikan dengan hadiahkan pemadam, pensel. Jangan selalu, lakukan bila dia sangat memerlukannya.

Kedua, memang ada habit suka ambil duit, barang kawan. Yang nie bahaya, mesti dapat khidmat kaunselor sekolah. Jika dibiarkan ia akan membaja dalam diri dan susah untuk pulih.

Hanya kasih sayang yang melahirkan insan penyayang.

Penutup

Sekian. Semoga kita mendapat iktibar daripada perkongsian ini. Terima kasih admin ucapkan kepada Ummi Wafa kerana sudi berkongsi post yang bermanfaat ini. Semoga kita mendapat iktibar melalui perkongsian ini. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.