CEFR-READINESS 2020: Tawaran “One-Off’ Percuma Kenal Pasti Tahap Kesediaan PPP Opsyen Bahasa Inggeris Berdasarkan CEFR

 

CEFR

CEFR-READINESS 2020: Tawaran “One-Off’ Percuma Kenal Pasti Tahap Kesediaan PPP Opsyen Bahasa Inggeris Berdasarkan CEFR ini adalah berdasarkan Surat Edaran daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bertarikh 17 Oktober 2019.

Selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan The Roadmap 2015-2025, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) opsyen Bahasa Inggeris (Bl), iaitu pendidik murid (guru dan pentadbir) perlu berada pada tahap penguasaan minimum Common European Framework of Reterence for Languages (CEFR) C1 (MUET Band 5).

The Roadmap juga menyatakan bahawa PPP opsyen Bl yang bertugas sebagai pendidik guru (pensyarah) dan pegawai periu berada pada tahap CEFR C2 (MUET Band 6).

Untuk makluman YBhg. DatukDato Dr tuanpuan, Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 31 Julai 2019 telah bersetuju dengan pelaksanaan penguasaan bahasa Inggeris berdasarkan piawaian CEFR dalam kalangan PPP opsyen Bl yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Mesyuarat memutuskan bahawa PPP opsyen Bl dalam kalangan pendidik murid (guru dan pentadbir) perlu mencapai tahap penguasaan minimum CEFR C1 (MUET Band 5) manakala PPP opsyen Bl dalam kalangan pendidik guru (pensyarah) dan pegawai yang membimbing guru pula perlu mencapai tahap penguasaan CEFR C2 (MUET Band 6).

Kumpulan PPP Bahasa Inggeris Menurut Tahap Penguasaan CEFR

BAHAGIAN JPN8

Pihak KPM dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua PPP opsyen Bl yang berkaitan mencapai tahap kesediaan CEFR seperti yang ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, KPM telah mengambil inisiatit untuk menawarkan secara percuma dan one-off ujian protisiensi untuk mengenal pasti CEFR-Readiness semua PPP opsyen Bl. Ujian CEFR Readiness tersebut akan dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Siapa yang Terlibat?

  1. semua PPP opsyen Bl yang bertugas di sekolah, JPN, PPD dan bahagian KPM;
  2. semua PPP opsyen Bl yang belum mengetahui tahap CEFR; dan
  3. semua PPP opsyen Bl yang masih belum mencapai tahap penguasaan yang telah ditetapkan (CEFR C1C2).

Siapa yang Tidak Terlibat?

  1. telah berada pada tahap CEFR C1 atau C2;
  2. telah menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET) sejak tahun 2012 dan berada pada Band 5 atau Band 6; dan
  3. akan bersara wajib dalam masa dua tahun dari 1.1.2020

Semua PPP bukan opsyen Bl yang mengajar Bahasa Inggeris juga digalakkan untuk menduduki ujian CEFR-Readiness yang ditawarkan secara percuma ini bagi mengetahui tahap CEFR bahasa Inggeris masing-masing.

Pendaftaran

Pendaftaran untuk menduduki CEFR-Readiness adalah melalui portal MPM (apps.mpm.edu.my/cefrr/public/register) yang akan dibuka mulai 5 November hingga 15 Disember 2019.

KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR

Tata cara Pendaftaran CEFR-READINESS 2020

BAHAGIAN JPN9

PPP opsyen Bl diberi keistimewaan untuk memilih sama ada mahu menduduki ujian pada tarikh ujian CEFR Readiness Kumpulan 1 atau Kumpulan 2 pada tahun 2020 berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan seperti yang berikut (tidak boleh menukar Kumpulan yang dipilih selepas selepas pendaftaran dalam sistem telah berjaya dihantar);

BAHAGIAN JPN1

Semua PPP opsyen Bl yang mendaftar bagi tawaran one-off ini WAJIB HADIR pada tarikh yang telah dipilih.

Pendaftaran untuk menduduki CEFR-Readiness hanya boleh dibuat di dalam negeri tempat PPP opsyen Bl bertugas sahaja dan tidak dibenarkan untuk menduduki CEFR-Readiness di negeri lain selain dari negeri tempat PPP opsyen Bl tersebut bertugas.

Sekiranya PPP opsyen Bl tidak dapat hadir pada tarikh yang ditetapkan, mereka dikehendaki mengemukakan Surat Tunjuk Sebab kepada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM).

PPP opsyen Bl juga boleh menyemak tahap CEFR mereka dalam tempoh lapan (8) minggu selepas tarikh pentaksiran melalui portal MPM.

Pengetua Pengarah sekolahKolej MatrikulasiKolej Vokasional yang berkenaan hendaklah membenarkan sekolah/Kolej Matrikulasi/Kolej Vokasional dijadikan pusat ujian CEFR Readiness sekiranya sekolah/Kolej Matrikulasi/Kolej Vokasional yang berkenaan dipilih sebagai pusat ujian CEFR-Readiness oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)MPM.

Peluang mengulang ujian profisiensi CEFR-Readiness mengikut komponen (Kemahiran Bertutur Kemahiran Mendengar Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis) bagi tujuan memperbaiki keputusan juga ditawarkan kepada semua PPP opsyen Bl yang mendaftar untuk tawaran one-off CEFR-Readiness.

Namun demikian, calon hanya dibenarkan untuk mengulang dalam satu hingga tiga komponen sahaja dan pendaftaran untuk menduduki ujian ulangan tersebut adalah di bawah pembiayaan sendiri.

Maklumat lanjut berhubung tarikh pendaftaran ujian ulangan CEFR Readiness boleh dirujuk di portal MPM.

Pengambilan Cuti Tanpa Rekod bagi menghadiri sesi berkenaan adalah tertakluk kepada Perintah Am 44 dan 57 Bab C atau Pekeliling Perkhidmatan Bil 91991.

Sehubungan dengan itu, English Language Teaching Centre (ELTC) memerlukan maklumat PPP opsyen Bl daripada Bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (rujuk Lampiran 4) yang akan menduduki ujian profisiensi CEFR Readiness daripada ketua jabatan.

Maklumat tersebut perlu dihantar ke ELTC melalui alamat e-mel chithra adiyodi@eltc edu my pada atau sebelum 30 Oktober 2019.

Berkaitan dengan itu juga, PPP opsyen Bl yang telah mencapai mencapai tahap penguasaan minimum CEFR C1 (MUET Band 5) atau CEFR C2 (MUET Band 6) tidak boleh menolak untuk menjadi pemeriksapetugas ujian CEFR-Readiness sekiranya menerima surat tawaran pelantikan sebagai pemeriksapetugas ujian CEFR Readiness dari JPNMPM.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan CEER-Readiness, bersama-sama ini disertakan senarai soalan lazim (rujuk Lampiran 3) yang juga boleh dirujuk di portal ELTC www eltc edu my.

BAHAGIAN JPN10

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang penjelasan yang lebih terperinci berkaitan dengan perkara di atas, anda boleh menghubungi Puan Sarina Salim melalui telefon di talian 06-7979193 (sarinasalim@eltc.edu.my) atau Dr. Chithra Adiyodi melalui teleton di talian 06-7979168 (chithra.adiyodi@eltc.edu.my).

Dapatkan “CEFR-READNIESS 2020: Tawaran “One-Off’ Percuma Kenal Pasti Tahap Kesediaan PPP Opsyen Bahasa Inggeris Berdasarkan CEFR” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Surat Edaran KPPM

Baca Juga 15 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan CEFR-Readiness 2020

 

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini CEFR-READINESS 2020: Tawaran “One-Off’ Percuma Kenal Pasti Tahap Kesediaan PPP Opsyen Bahasa Inggeris Berdasarkan CEFR memberikan informasi terkini kepada semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.