5 Tip Hilangkan Perasaan Takut dan Berdebar semasa Berucap ini merupakan perkongsian daripada Ustazah Aminah Mat Yusoff.
Kerana permintaan daripada beberapa orang sahabat beliau, beliau kongsikan beberapa tip yang biasa beliau gunakan ketika menyampaikan ucapan..In sha Allah moga ia bermanfaat untuk semua.
Takut dan berdebar semasa berucap itu biasa, yang penting cara bagaimana kita mengawalnya. Baiklah, berikut dikongsikan tipsnya. Bolehlah dipraktikan. Selamat mencuba.
1. Surah As-Syarh
Surah nie sangat bagus untuk hilangkan perasaan berdebar dan takut. Dibaca 3 kali dan hembus ke telapak tangan kemudian sapukan ke wajah dan dada. Dengan izin Allah ucapan akan menjadi lancar, pendengar akan mudah memahaminya.
2. Zikirkan Asma’ Allah YA ‘AZIIZ, YA JABBAR ,YA MUTAKABBIR
Selepas bacakan surah As-Syarh sambung dengan Asma’ Allah di atas, ulanglah sebanyak yang mungkin kerana dengan berkat dan kekuatan yang ada, ucapan kita akan disukai dan mudah menyerap ke sanubari pendengar.
3. Intonasi
Kawalan suara sangat penting kerana ia berkait rapat dengan keselesaan pendengar menerima maklumat yang kita sampaikan.
Saya biasa gunakan nada suara yang sederhana dan jadikan perasaan kita sangat hampir dengan pendengar, bayangkan juga kita sedang bercakap dengan seorang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa, keterujaan untuk bercerita menjadi kunci kepada jarak kita dengan pendengar.
Susun kata-kata dengar teratur agar mudah difahami.
4. Wajah
Penonton lebih suka melihat kita dalam keadaan mesra dan manis. Senyum ketika bercakap mampu menyebarkan aura positif kepada pendengar.
Suasana akan jadi terkawal. Yakin dan percayalah kita akan dapat perhatian yang sepenuhnya.
5. Bersahaja
Penting, ucapan yang bersahaja dan santai lebih disukai ramai daripada membaca teks.
Sediakan nota ringkas dan hurailah menggunakan perkataan serta bahasa sendiri.
Ucapan yang paling disukai tidak meleret dan tepat kepada sasaran.
Maklumat yang tepat dan berilmiah akan menambahkan lagi rasa hormat dan keyakinan pendengar.
Jadikanlah ucapan anda yang dinanti dan dirindui.
Moga bermanfaat..
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini 5 Tip Hilangkan Perasaan Takut dan Berdebar semasa Berucap memberikan manfaat kepada semua. Terima kasih Ustazah. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.