33 Istilah Baharu Bahasa Melayu

 

33 Istilah Baharu Bahasa Melayu ini adalah bersumberkan Dewan Bahasa dan Pustaka dan kebanyakan perkataan atau istilah yang diperkenalkan ini berasal daripada bahasa Inggeris.

Tahukah anda, sebelum membentuk istilah baharu, DBP dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975) menggariskan tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah iaitu seperti berikut:

  1. Istilah yang dipadankan merupakan perkataan bahasa Melayu yang lazim dipakai dan mendukung makna istilahnya seperti garis pusat, hasil keluaran dan lain-lain.
  2. Perkataan bahasa Melayu yang kurang lazim dipakai seperti cerakin, mendap dan jisim.
  3. Perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu yang lazim dipakai seperti dermaga dalam bahasa klasik.
  4. Perkataan bahasa serumpun atau dialek yang tidak selalu digunakan seperti dening dalam dialek Kelantan.
  5. Perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris seperti struktur, spesies dan profesional.
  6. Penggunaan perkataan daripada bahasa lain seperti ‘ad hoc’, ‘espirit de corp’ dan ‘de facto’.
  7. Membuat pemilihan terbaik antara langkah pertama dengan langkah keenam jika berlaku beberapa kemungkinan.

Dalam hal ini, empat syarat perlu dipatuhi iaitu, ungkapan yang dipilih mestilah ungkapan yang paling singkat, ungkapan yang maknanya tidak menyimpang, ungkapan yang tidak membawa pengertian yang buruk dan ungkapan yang sedap didengar.

33 Istilah Baharu Bahasa Melayu

Baiklah, berikut dikongsikan 33 istilah Bahasa Melayu yang baharu dalam bentuk grafik:

Perkataan yang dikemukakan ini bukanlah sekadar untuk kita ketahui padanannya sebaliknya menggunakannya atau menyebarkannya untuk faedah kita semua selaku pencinta bahasa. Sesuatu yang baharu pada mulanya agak canggung tetapi jika telah menjadi kebiasaan, tentulah kita dapat menerimanya, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Rajin-rajinlah melayari laman sesawang prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat sohor kini kerana yang bulat tak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang. Sememangnya, bahasa menggambarkan keperibadian bangsanya.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian 33 Istilah Baharu Bahasa Melayu ini dapat menambahkan pengetahuan kita semua berkaitan istilah-istilah terkini yang dikeluarkan oleh BDP. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.