15 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan CEFR-Readiness 2020

 

cefrr

15 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan CEFR-Readiness 2020 ini adalah berdasarkan soalan lazim yang dikemukakan berkaitan ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness.

Apakah ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness?

Berdasarkan persetujuan KPM dengan kesatuan guru dalam Mesyuarat sesi pertemuan KPM dengan Kesatuan Guru berkenaan peningkatan kualiti Bl dalam kalangan guru dan pensyarah Bahasa Inggeris pada 27.8.2019, ujian yang akan diduduki oleh PPP opsyen Bl dinamakan sebagai CEFR-Readiness menggunakan tormat MUET dengan tujuan mengetahui tahap penguasaan bahasa Inggeris berdasarkan piawaian CEFR dalam kalangan PPP Opsyen Bl.

Ujian profisiensi kesediaan CEER-Readiness ditawarkan secara one-off dan PERCUMA untuk semua PPP opsyen Bl HANYA untuk pendaftaran NOVEMBER-DISEMBER 2019
SAHAJA.

PPP opsyen Bl yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum CEFR C1 boleh ulang pentaksiran tersebut mengikut komponen (kemahiran pertuturan kemahiran mendengar kemahiran membaca kemahiran menulis) dengan pembiayaan sendiri.

Ulangan dibenarkan bagi 1 hingga 3 komponen sahaja.

Siapa yang perlu menduduki ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness?

  1. PPP opsyen Bl yang tidak tahu tahap penguasaan Bahasa Inggeris berdasarkan CEFR.
  2. PPP opsyen Bl yang belum mencapai tahap penguasaan minimum CEFR C1 bagi Kumpulan 1 dan CEFR C2 bagi Kumpulan 2.
  3. PPP bukan opsyen Bl yang mengajar Bahasa Inggeris adalah digalakkan.

Mengapakah PPP opsyen Bl perlu mencapai tahap penguasaan minimum CEFRC1 (Kumpulan 1) atau C2 (Kumpulan 2)?

PPP opsyen Bl perlu berada pada satu tahap lebih tinggi daripada murid.

Tahap CEFR bagi murid Post- Secondary adalah tahap CEFR B2. Tahap CEFR juga akan diambil kira bagi perkara berikut:

  1. penempatan dan pelantikan PPP Opsyen Bl baharu di sekolah (lepasan IPG dan UA);
  2. pelantikan sebagai pemeriksa kertas peperiksaan awam;
  3. permohonan tajaan pendidikan bagi bidang Bahasa Inggeris KPM.

Bagaimana PPP opsyen Bl boleh memohon untuk ujian profisiensi kesediaan CEFR- Readiness?

Pendaftaran boleh dibuat melalui portal MPM (www.mpm.edu.my) mengikut sesi yang ditetapkan.

Sekiranya PPP opsyen Bl tidak menduduki ujian profesiensi kesediaan CEFR-Readiness pada tarikh yang ditetapkan, adakah mereka boleh menduduki pada masa yang akan datang?

PPP opsyen Bl perlu menduduki ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness mengikut kumpulan dan tarikh yang dipilih semasa pendattaran.

Ujian profesiensi kesediaan CEFR-Readiness ditawarkan SEKALI SAHAJA.

Sekiranya PPP opsyen Bl yang menduduki ujian CEFR- Readiness Sesi 1 tidak mencapai tahap CEFR C1 atau C2 kerana satu, dua atau tiga komponen, adakah mereka perlu mengulang keseluruhan pentaksiran tersebut?

Ulangan mengikut komponen (kemahiran pertuturan kemahiran mendengar kemahiran membaca kemahiran menulis) dengan pembiayaan sendiri dibenarkan untuk ujian profesiensi kesediaan CEFR-Readiness.

Ulangan dibenarkan bagi 1 hingga 3 komponen sahaja

Adakah ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness ulangan masih percuma?

Terdapat bayaran bagi ujian profesiensi kesediaan CEFR- Readiness ulangan. Maklumat berkaitan ulangan CEFR- Readiness boleh dirujuk di portal MPM.

Berapakah yuran yang perlu dibayar bagi ujian profesiensi kesediaan CEFR-Readiness sesi ulangan?

Bayaran bagi CEER-Readiness sesi ulangan adalah seperti berikut:

  1. 1 komponen: RM50
  2. 2 komponen: RM75
  3. 3 komponen: RM100

Adakah keputusan ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness mempunyai tempoh sah laku (validity period)?

Tiada tempoh sah laku (validity period) untuk keputusan ujian profesiensi kesediaan CEER-Readiness.

Apakah ujian profisiensi lain yang boleh diduduki oleh PPP opsyen Bl untuk mengetahui tahap penguasaan bahasa Inggeris masing-masing?

Ujian lain yang telah dijajarkan dengan CEFR adalah:

  1. MUET
  2. Aptis
  3. IELTS
  4. TOEFL

(Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 6 Tahun 2017). Tatacara permohonan dan pelaksanaan pentaksiran ini tertakluk kepada pembekal perkhidmatan yang berkaitan.

Adakah PPP opsyen Bl dibenarkan mengambil ujian MUET selepas ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness berakhir?

Ujian profesiensi kesediaan CEFR-Readiness adalah tawaran one-off sahaja.

PPP opsyen Bl dibenarkan mengambil ujian MUET jika masih belum mencapai tahap CEFR C1 atau C2.

Mengapakah PPP opsyen Bl yang bertugas di bahagian-bahagian KPM perlu menduduki ujian profesiensi kesediaan CEFR-Readiness?

Berdasarkan faktor penempatan pegawai di Bahagian KPM yang boleh ditempatkan semula di sekolah pada bila-bila masa.

Sekiranya ujian profesiensi kesediaan CEFR Readiness diadakan pada hari bekerja, adakah calon boleh mengambil Cuti Tanpa Rekod?

Calon boleh mengambil Cuti Tanpa Rekod. Namun, pengambilan Cuti Tanpa Rekod bagi menduduki ujian tersebut tertakluk kepada Perintah Am 44 & 57 Bab C atau Pekeliling Perkhidmatan Bil 9/1991.

Siapakah yang tidak perlu mendattar dan menduduki ujian profesiensi kesediaan CEFR-Readiness ini?

PPP opsyen Bl yang:

  1. Telah berada pada tahap CEFR C1C2
  2. mempunyai tempoh perkhidmatan 2 tahun sebelum bersara WAJIB dari 1.1.2020

Adakah PPP opsyen BI yang telah menghadiri Kursus Pro-ELT dan telah menduduki ujian lain sebelum ini tetapi belum mencapai tahap CEFRC1/C2 boleh mendattar serta menduduki ujian profesiensi kesediaan CEFR-Readiness ini?

PPP opsyen BI yang telah menghadiri Kursus Pro-ELT dan telah menduduki ujian lain sebelum ini tetapi belum mencapai tahap CEFR C1/C2 BOLEH mendaftar serta menduduki pentaksiran profisiensi kesediaan CEFR-Readiness. PPP opsyen BI yang berada pada tahap CEFR Cal tidak dibenarkan menduduki ujian CEFR-Readiness.

Pendaftaran

Untuk mendaftar, sila rujuk post DI SINI terlebih dahulu.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini 15 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan CEFR-Readiness 2020 memberikan informasi terkini kepada semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.