13 Tips Kekal Sihat ini dikongsian untuk makluman kita bersama dalam menjaga kesihatan kita. Ya la, jadi warga pendidik ni memang sibuk, tapi ingat, gaya hidup sihat kena sentiasa amalkan.
Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat. Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan.
Sehubungan dengan itu, berikut dikongsikan 13 tips tersebut:
13 Tips Kekal Sihat
Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi.
Tidur miring ke Kanan, dalam Gelap pekat dan Pernafasan melalui hidung.Tiada gula.
Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.
Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap. Banyakkan sayur dan buah buahan.Check dengan Doktor.
Buat ujian darah. buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.Ambil supplement
Pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.
Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar.
Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali. Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin dan Khamid. Dua hari itu puasa.Minum banyak air.
Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur.
Biar makanan hadam baru tidur. kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.Biasakan lidah makan benda pahit.
Buat ulaman. Peria katak, daum mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.Baca al Quran.
Gandakan sujud. Banyak solat sunat an taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku buku. Membaca.Pilih team pergaulan.
Kurangkan bersama “si mata lalat” – pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.Bersyukur.
Redha dan Bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.Jimat perkataan.
Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan. Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stoking
Ini adalahsupaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan doa.
kredit: Roslan Ab Hamid
Penutup
Kesimpulannya, Kita menjaga kesihatan bukan sekadar untuk sihat secara luaran dan dalaman, malah dengan menjaga kesihatan, kita sebenarnya memberi kesan kepada masyarakat, organisasi dan banyak lagi kerana kesihatan kita sangat mempengaruhi produktiviti kita. Sekian. Semiga kita mendapat iktibar melalui perkongsian 13 Tips Kekal Sihat ini. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.