Soalan Akhir Tahun 2019

10 nasihat buat ibu bapa/penjaga anak istimewa/OKU

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

 

10 nasihat buat ibu bapa/penjaga anak istimewa/OKU ini dikongsikan dalam Facebook Page Pondoku tentang pesanan dalam menjaya anak-anak istimewa ini.

Setiap pasangan suami isteri menginginkan zuriat yang sihat, cukup sempurna fizikal dan
mental. Pelbagai persiapan akan dilakukan untuk menyambut kelahiran cahaya mata
yang dinanti-nantikan. Misalnya dengan membeli pakaian bayi, kelengkapan pengurusan
bayi dan sebagainya. Namun, apabila saat untuk melahirkan anak, anda mendapati
anak yang anda lahirkan itu tidak seperti anak-anak yang lain (OKU). Pada ketika itulah pelbagai perasaan yang datang menyelebungi diri anda.

Kanak-kanak istimewa adalah sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan orang kehilangan upaya (OKU), iaitu seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya, atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu.

Sehubungan dengan itu, semoga pesanan ini sedikit sebanyak dapat mengingatkan kita semua agar sentiasa beristiqamah dalam mendidik anak-anak istimewa ini.

1.Yakin anak bukan ciptaan yang rosak.

Kita wajib yakin bahawa anak kita bukan satu ciptaan yang rosak (defect creation) oleh Pencipta nya. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu yang rosak dan sia-sia. Ini penting, ini isu aqidah….

2. Jangan sesekali salahkan Yang Maha Esa.

Ujian Allah ini sepatutnya membuatkan kita lebih rapat dengan Allah. Pastinya kita perlu memohon pertolongan Allah lebih dari segalanya. Ini bukan bermaksud tidak perlu cari doktor, juruterapi, guru pendidikan khas dan sebagainya tetapi mencari Allah dalam melalui ujian ini adalah lebih utama. Jangan sesekali salahkan DIA. Usahakan untuk berdamping dengan kumpulan sokongan yang positif bukan untuk sekadar mengadu tapi belajar dari mereka yang terdahulu

3. Elakkan menyalahkan orang lain.

Elakkan untuk menyalahkan pasangan serta keturunannya ataupun makhluk sekeliling. Datangkan rasa syukur dalam diri. Lihat insan lain yang lebih hebat ujian yang diberi. Masa untuk anda memilih orang keliling yang lebih positif. Stay positive, walaupun ada yang akan mengatakan anak itu hadir kerana kifarah dosa lampau kita.. Pedulikan. Kita sendiri tak perlu sibuk cari dosa dia

4. Jaga pembangunan rohani anak.

Kita perlu tahu bahawa anak kita masih mempunyai deria, sila kenalpasti. Ini kerana rohnya masih lagi bersama jasad. Melalui deria itu kita perlu didik dia, kenal dunia yang paling penting kenal tuhan. Kita bukan hanya bertanggungjawab menjaga jasad anak itu namun pembangunan kerohaniannya juga penting. Oleh itu, fokuskan cara pengajaran dengan menggunakan deria yang anak masih berfungsi. Disamping itu usahakan juga untuk rangsangkan deria yang memerlukan. Kerja kita bukan memperbaiki ciptaan/ anugerah Nya, tapi mendidik khalifah ini

5. Tuntut ilmu untuk faham dan didik anak.

????????????????????????????????????

Sebagai ibu bapa kita perlu ada ilmu untuk memahami dan mendidik anak. Cari ilmu. Mereka (anak-anak) pasti diberikan sesuatu kelebihan yang berbeza berbanding kita dan anak yang lain. Ingat! Allah Maha Adil. Tidak mungkin sesuatu makhluk yang dicipta tiada fungsi dalam kehidupan ini

6. Ajar anak ucap kalimah Allah SWT.

Sedangkan insan yang di hujung nyawa pun kita ajarkan mereka kalimah Allah, kenapa tidak untuk mereka yang mungkin Hyper, hanya boleh kelip mata & kepala dan lain-lain lagi

7. Ajar anak berzikir.

????????????????????????????????????

Mereka (anak istimewa) ini mungkin tidak dikurniakan kemahiran berfikir, namun mereka masih mampu berzikir. Ajarkan mereka. Jangan fokuskan dengan keputusan/ pencapaian tentabg apa yang kita dapat jika kita berbuat sesuatu, tapi fokuskan apa usaha kita yang telah kita rancang dan laksanakan

8. Jangan sesekali kita terlepas ‘tiket’ ke syurga.

Sekiranya mereka dikatakan “tiket syurga”, pastikan tiket kita itu boleh digunakan dan “laku” di akhirat nanti. Semasa di dunia ini kita boleh lihat berapa ramai orang tertinggal penerbangan walaupun mereka ada tiket, orang yang ada tiket bas tapi tidak dapat balik kampung & pelbagai lagi. Maksudnya BUKAN SEMUA TIKET yang kita ada, boleh memberi kita sesuatu manfaat.

9. Ajar anak berdoa.

Antara fungsi mereka di dunia ini adalah mendoakan kita, ajar kan mereka. Semoga permintaan mereka pada Allah tiada hijab nya…

10. Jangan abaikan pendidikan Fardu Ain.

Jangan hanya fokuskan pendidikan vokasional, kemahiran dan akademik sahaja tapi kita meninggalkan pendidikan al-Quran. Seolah-olah kita kerjakan perihal fardhu kifayah dan meninggalkan yang fardhu ain. al-Quran bukan alternatif, bukan komplementari. Ia adalah asas (foundation). Usahakan untuk mengajar mereka.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian 10 nasihat buat ibu bapa/penjaga anak istimewa/OKU ini memberikan manfaat kepada kita semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

 

telegram sistemguruonline