
Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Besar Ex-PPPLD Gred DG41/42 ke Gred DG44 secara Khas untuk Penyandang (KUP) Tahun 2019 ini adalah pemberitahuan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Besar Ex-PPPLD Gred DG41/42 ke Gred DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2019. Sehubungan itu, semua Ketua Jabatan adalah dipohon untuk mengenalpasti Guru Besar yang telah memenuhi syarat-syarat pemangkuan dan seterusnya memastikan pegawai-pegawai tersebut diperakukan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).
Â
Untuk makluman, permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan dengan menggunakan Sistem ePangkat. Permohonan yang dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) secara luar talian tidak akan dipertimbangkan. Pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan dalam urusan ini juga hendaklah memenuhi syarat umum dan syarat khusus yang telah ditetapkan.
Bagi Guru Besar yang telah diperakukan kenaikan pangkat ke Gred DG44 (KUP) secara TBBK/ TBBK Ex-PPPLD pada Tahun 2019 dan sebelumnya adalah TIDAK DIBENARKAN memohon urusan pemangkuan Laluan Khas ini memandangkan tarikh kenaikan pangkat pegawai secara TBBK/ TBBK Ex-PPPLD adalah lebih awal. Oleh itu, Ketua Jabatan hendaklah memperakukan pegawai-pegawai ini untuk urusan kenaikan pangkat secara TBBK/ TBBK Ex-PPPLD tertakluk kepada iklan yang telah/ akan dibuka.
Tarik Buka dan Tutup Permohonan
26 September 2019 (Khamis) sehingga 11 Oktober 2019 (sebelum jam 11.59 malam)
Dapatkan “Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Besar Ex-PPPLD Gred DG41/42 ke Gred DG44 secara Khas untuk Penyandang (KUP) Tahun 2019” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Besar Ex-PPPLD Gred DG41/42 ke Gred DG44 secara Khas untuk Penyandang (KUP) Tahun 2019
- MANUAL PERMOHONAN LALUAN KHAS GURU BESAR EX-PPPLD
- IKLAN_GB_EX_2019
Penutup
Sekian, Semoga perkongsian ini iaitu Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Besar Ex-PPPLD Gred DG41/42 ke Gred DG44 secara Khas untuk Penyandang (KUP) Tahun 2019Â ini memberikan informasi terkini kepada anda semua dan admin mendoakan semoga berjaya. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.