Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) secara Time-based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Tahun 2017 Hingga 2019 (Urusan Cicir) ini merupakan hebahan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:
BIL. | TARIKH | TEMPOH | KETERANGAN |
1. | 07 Oktober hingga 27 Oktober 2019 (Ahad) | 21 hari | Tempoh PERMOHONAN DIBUKA kepada CALON Tarikh tutup pada 27 Oktober 2019 (sebelum Nota : Sebarang usaha untuk membuat permohonan |
2. | 28 Oktober hingga 10 November 2019 (Ahad) | 14 hari | Tempoh perakuan Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Tarikh tutup pada 10 November 2019 (sebelum Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS |
3. | 11 November hingga 24 November 2019 (Ahad) | 14 hari | Tempoh perakuan JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM (Penyemak / Pengesah) kepada Tarikh tutup pada 24 November 2019 (sebelum Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS |
Pegawai yang Terlibat
Urusan ini terbuka kepada:
1 | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi |
2 | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 / DG42 ke Gred DG44 yang |
3 | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang |
4 | Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan TAHUN 2017 HINGGA |
Dapatkan “Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) secara Time-based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Tahun 2017 Hingga 2019 (Urusan Cicir)” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Muat Turun LAMPIRAN AÂ
SUMBER: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Mulai tahun 2019, Urusan TBBK adalah melalui PERAKUAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon HANYA PERLU MENYEMAK SEMUA MAKLUMAT YANG TELAH DIKEMASKINI OLEH KETUA JABATAN MASING – MASING MENGGUNAKAN LOG MASUK SENDIRI mengenai permohonan TBBK tersebut melalui sistem ePangkat. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan. Sila rujuk CARTA ALIR PROSES KERJA URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT seperti di LAMPIRAN A.
Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 07 OKTOBER 2019 secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).
Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua permohonan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti Jadual di Para 3 KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:
- Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
- Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG oleh Ketua Jabatan (catatan : CSG dan/atau CTG boleh menjejaskan kekananan kecuali Cuti Belajar);
- Pegawai yang berada di jawatan kader / dalam tempoh peminjaman ke Jabatan / Kementerian lain;
- Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;
- Pegawai yang PERNAH DIPERAKU TETAPI GAGAL dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;
- Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh Tanpa Cuti atau Tanpa Sebab Munasabah Atau Tanpa Kelulusan / Kebenaran Ketua Jabatan serta tindakan potongan emolumen telah diambil BOLEH DIPERAKU dengan mengemukakan dokumen – dokumen yang lengkap berdasarkan kepada keputusan LKPPP Bilangan 5 Tahun 2017 (sila rujuk Para 11 dalam surat siaran bagi maklumat lanjut); dan
- Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.
Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH DINAIKKAN PANGKAT dalam mana – mana urusan kenaikan pangkat ATAS GRED YANG SAMA SAHAJA diperakukan dalam urusan TBBK. Pegawai yang sedang memangku juga boleh diperakukan dalam urusan ini (perlu dinyatakan dalam ruang ULASAN KETUA JABATAN).
Ketua Jabatan juga perlu memastikan maklumat yang dikemukakan adalah LENGKAP DAN TERATUR SAMA SEPERTI DALAM BPK. Tindakan memperakukan calon yang telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan iniakan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan berkenaan. Ketua Jabatan dimohon memastikan SEMUA PEGAWAI YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TBBK bagi mengelakkan sebarang keciciran berulang.
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) secara Time-based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Tahun 2017 Hingga 2019 (Urusan Cicir)Â Â ini memberikan informasi terkini kepada anda semua berkaitan urusan kenaikan pangkat di KPM. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.