Sekolah diberi kuasa sediakan soalan PT3 mulai 2020. Mulai tahun hadapan (2020), sekolah-sekolah menengah di seluruh negara diberikan kuasa sepenuhnya untuk mengendali dan menyediakan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Kuasa berkenaan juga membolehkan pentadbir sekolah menyediakan soalan-soalan item PT3 tanpa penglibatan Lembaga Peperiksaan.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin, pada ketika ini soalan PT3 disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, namun pengurusan pengendalian PT3 dibuat di sekolah masing-masing.
“Namun, mulai 2020, PT3 ini kita akan serahkan sepenuhnya pengendalian dan (penyediaan) soalan item kepada pihak sekolah.
“Maknanya Lembaga Peperiksaan tidak akan terlibat dalam menyediakan item,”
Sehubungan itu, guru-guru akan dilatih bagi penyediaan soalan PT3 dengan dibantu oleh Lembaga Peperiksaan.
“Ketika ini kita sedang melatih guru kita untuk menyediakannya. Namun bank-bank soalan berkaitan PT3 tetap ada dan boleh digunapakai,”
Sehubungan dengan itu, berikut merupakan mata pelajaran yang akan dikendalikan sendiri oleh pihak sekolah dan Lembaga Peperiksaan:
MATA PELAJARAN KENDALIAN | MATA PELAJARAN KENDALIAN |
Sains | Bahasa |
Matematik | Bahasa |
Reka Bentuk dan Teknologi | Hifz al-Quran |
Asas Sains Komputer | Pendidikan (Seni |
Sejarah | Al-Lughah al-Arabiah Al-MuÂ’asirah <br |
Geografi |
|
Pendidikan Islam |
|
Bahasa Cina |
|
Bahasa Tamil |
|
Bahasa Arab |
|
Bahasa Iban |
|
Bahasa Kadazandusun |
|
Bahasa Punjabi |
|
Bahasa Semai |
|
Maharat al-Quran |
|
Usul ad-Din |
|
Al-Syariah |
|
Al-Lughah al-Arabiah |
|
Penutup
Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu Sekolah diberi kuasa sediakan soalan PT3 mulai 2020 memberikan manfaat kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.