Sarawak laksana pengajaran Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2020

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

 

Sarawak laksana pengajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2020

Sarawak laksana pengajaran Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2020.

Kerajaan Sarawak bersetuju melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata persetujuan itu dinyatakan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, pada pertemuan mereka di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, Sarawak menjadi negeri pertama melaksanakan pengajaran dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris seperti dikehendaki Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kerajaan Sarawak juga bersetuju membantu kita (Kementerian Pendidikan) untuk melatih guru yang akan mengajar mata pelajaran itu,” katanya kepada media sejurus pertemuan dengan Abang Johari, petang ini.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan universiti tempatan dalam menjayakan latihan kepada guru terbabit.

“Guru-guru yang sudah menjalani latihan itu pula akan melatih guru lain pula dalam usaha kita melahirkan ramai guru yang mahir bahasa Inggeris untuk mengajar dua mata pelajaran itu,” katanya.

Difahamkan, ketika ini kira-kira 400 guru sekolah rendah di Sarawak sudah menjalani latihan itu yang diadakan di universiti tempatan, di sini.

Sementara itu, Maszlee berkata, turut dibincangkan pada pertemuan dengan Abang Johari itu ialah peruntukan RM1 bilion untuk membaiki sekolah daif di Sarawak.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan butiran perbincangan itu dan berjanji akan mengumumkannya pada masa yang sesuai.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu Sarawak laksana pengajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2020 memberikan informasi terkini kepada anda semua berkaitan dunia pendidikan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

telegram sistemguruonline