Soalan Akhir Tahun 2019

PT3 ditangguh jika bacaan IPU 300

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

 

PT3 ditangguh jika bacaan IPU 300 ini merupakan berita terkini daripada Hasimi Muhamad, Astro Awani.

Peperiksaan awam termasuk Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang dijadual bermula 30 September ini boleh ditangguhkan sekiranya keadaan jerebu berada paras bahaya.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr Ahmad Rafee Che Kassim, penangguhan peperiksaan akan dibuat apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah bacaan 300.

Katanya, ia akan berkuat kuasa kepada sekolah di seluruh negara walaupun bacaan IPU tersebut hanya direkodkan di satu kawasan sahaja.

“Namun, begitu sekiranya IPU mencapai 300 ke atas yang membawa mudarat kepada murid, maka keutamaannya adalah kesihatan dan keselamatan murid dan peperiksaan akan ditangguhkan.

“Sebagai contoh,  sekiranya ada kawasan tertentu yang IPU begitu tinggi yang memaksa kita menangguhkan peperiksaan awam, maka ia akan ditangguhkan di seluruh negara,”

Mengulas lanjut katanya, keputusan penangguhan peperiksaan akan dibuat Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia bergantung kepada bacaan IPU semasa.

“Sekarang kita tengok di Sri Aman, Sarawak, andai kata keadaan di sana masih tinggi, maka pusat-pusat peperiksaan di situ perlu ditangguhkan. Maka, seluruh negara perlu berbuat demikian (tangguh peperiksaan),”

Setakat jam 1 petang, 20 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan tidak sihat, di mana Kuching mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 165.

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu PT3 ditangguh jika bacaan IPU 300 memberikan informasi terkini kepada anda semua berkaitan dunia pendidikan di Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me.sistemguruonline.

 

telegram sistemguruonline