Home Terkini

Program Junior Science Camp 2019 kini telah dibuka

 

photo 2019 09 04 13 17 41

Program Junior Science Camp 2019 kini telah dibuka.  Sukacita dimaklumkan bahawa program Junior Science Camp 2019 anjuran GENIUS@Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan NCDRC, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) telah dibuka kepada kanak- kanak Malaysia yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pemilihan dibuat menerusi ujian atas talian PERMATA CHILDREN INTELLIGENCE SCALES (PCIS) pada 1 September sehingga 15 Oktober 2019.

Pengenalan

Program ini bertujuan untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar dan berbakat dalam kalangan kanak-kanak pintar Malaysia dengan mencetus dan membina minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi perkhemahan yang akan dianjurkan. Kanak- kanak yang terpilih akan ditawarkan untuk menyertai Junior Science Camp 2019 yang akan diadakan pada 23 hingga 25 November 2019.

Sehubungan itu, WARGANEGARA MALAYSIA yang mempunyai anak berumur 4 hingga 6 tahun digalakkan untuk terlibat sama mengambil ujian ini.

JAWAB UJIAN TERSEBUT DI SINI

Ujian ini dibuka secara online bermula 01 Sep 2019 sehingga 15 Oct 2019 dan kanak-kanak boleh mengambil ujian pada bila-bila masa mengikut keselesaan dengan bantuan orang dewasa. Orang dewasa HANYA dibenarkan membacakan soalan kepada kanak-kanak dan menekan/menaip jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut. Sila baca dan patuhi arahan yang diberikan di setiap muka.

Sekiranya ujian ini dilakukan oleh pihak sekolah/taska/tadika/pusat aktiviti bersama kanak-kanak, pihak tersebut bertanggungjawab untuk mendapatkan kebenaran dari ibu/bapa/penjaga kanak-kanak sebelum membenarkan kanak-kanak untuk menduduki ujian ini.

Kanak-kanak tidak diminta untuk menamatkan ujian dalam satu sesi yang panjang. Mereka boleh mengambil ujian, berhenti dan menyambung semula ujian pada bila-bila masa mengikut keselesaan dengan bantuan orang dewasa.

Orang dewasa HANYA dibenarkan membacakan soalan kepada kanak-kanak dan menekan/menaip jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut. Sila baca dan patuhi arahan yang diberikan di setiap muka.

Penilaian dan pemilihan bagi mengikuti perkhemahan sains akan dibuat selepas tarikh tutup ujian. Nama calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui email sekitar November 2019. Oleh itu, sila pastikan maklumat email yang akan dimasukkan di bahagian profil adalah tepat dan terkini serta boleh dihubungi.

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Program GENIUS Negara KPM. Info yang disediakan merangkumi tarikh-tarikh penting, kestimewaan program GENIUS Negara, syarat kelayakan, serta borang permohonan dan dokumen yang perlu disertakan.

TARIKH-TARIKH PENTING

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

30 September 2019

TARIKH UJIAN

1 September – 15 Oktober 2019

TARIKH KEPUTUSAN DIKELUARKAN

November 2019

 

KEISTIMEWAAN PROGRAM
GENIUS NEGARA

1

Ia merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang
holistik serta menyeluruh

2

Menerapkan kurikulum yang mengintegrasikan asas asuhan lengkap dan
asas didikan awal yang holistik secara menyeluruh

3

Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain

4

Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami
(Exploring, Experimenting and Experiencing

5

Pendidik yang berkelayakan

 

SYARAT KELAYAKAN MENYERTAI
PROGRAM GENIUS NEGARA

1

Anak merupakan warganegara Malaysia

2

Anak berusia empat (4) tahun ke bawah

3

Pendapatan isi rumah kurang dari RM4,000

 

DOKUMEN PENTING PERMOHONAN

1

Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga

2

Salinan MyKid anak

3

Salinan sijil lahir

4

Slip gaji ibu dan bapa/penjaga

5

Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga oleh ketua
kampung/pegawai kerajaan/pesuruhjaya sumpah (jika bekerja sendiri)

6

Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga oleh ketua
kampung/pegawai kerajaan/pesuruhjaya sumpah

7

Salinan muka surat hadapan dan rekod vaksin buku kesihatan anak

 

Cara Membuat Permohonan Program GENIUS Negara KPM

Berikut dikongsikan langkah mudah untuk menghantar permohonan:

  1. Langkah Pertama: Lengkapkan Borang Permohonan
  2. Langkah Kedua: Hantar borang permohonan lengkap ke Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) berhampiran

Permohonan Program GENIUS Negara Di Pusat Anak Genius NegaraMaklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Permohonan Program GENIUS Negara KPM, sila hubungi butiran berikut:

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Program Junior Science Camp 2019 kini telah dibuka memberikan informasi terkini kepada anda semua berhubung dunia pendidikan di Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.