Program Ijazah Sarjana (Master) Pendidikan UKM Mod Cuti Sekolah Ambilan 2020 ini merupakan program yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Objektif Program
- Meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi pasca ijazah pertama kepada para pendidik dan pegawai pendidikan dengan kos yang berpatutan
- Menawarkan program sarjana pendidikan kepada para pendidik dan pegawai pendidikan tanpa perlu memohon cuti pengajian
- Meningkatkan penguasaan pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang relevan dalam pidang pendidikan
- Meningkatkan kemampuan dan kebolehan penyelidikan berasaskan sekolah
Nota Program
- Kursus Pengkhususan boleh rujuk pada BUKU-PANDUAN-SISWAZAH
- Kursus Pilihan adalah ditetapkan pihak Fakulti Pendidikan (FPEND) UKM mengikut setiap kumpulan bagi setiap ambilan
Senarai Semakan Permohonan
- Borang Permohonan yang LENGKAP diisi. (Borang yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses)
- Sekeping gambar berukuran Pasport. (Lekatkan dalam borang permohonan
- Salinan slip deposit bank bagi bayaran pemprosesan sebanyak RM 50.00
- Salinan SIJIL (SKROL) dan TRANSKRIP Ijazah Sarjana Muda yang telah disahkan benar
Tarikh PERMOHONAN INTAKE 2020 telah DIBUKA hingga 31 JANUARI 2020
Bayaran proses permohonan sebanyak RM50.00 boleh dilakukan dengan cara
- Bankdraft atas nama PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN
atau - Pindahan wang ke akaun Maybank – Koperasi Siswazah Bangi Berhad:
5622 6352 4364
Borang Permohonan dihantar secara POS ATAU EMAIL:
1. Pos: Kepilkan slip bayaran bersama dokumen yang dipos.
Borang Permohonan dan dokumen (rujuk senarai semakan) perlu di hantar ke alamat:
Koperasi Siswazah Bangi Berhad
Paras 1, Bangunan Pentadbiran
Kolej Keris Mas, 43600
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor
2. Email:Â
Borang permohonan berserta dokumen (rujuk senarai semakan) dalam BENTUK PDF perlu diemailkan ke: ukmsarjana@gmail.com
Join group Telegram Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif (Mod Cuti Sekolah) Ambilan 2020 untuk maklumat terkini:
- PUSAT UKM BANGI : UKM Intake 2020
- PUSAT IPG TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN : IPTAR Intake 2020
- PUSAT KOTA KINABALU : KK Intake 2020
- PUSAT IPG KOTA BHARU : KB Intake 2020
Jadual Bayaran Yuran Pengajian Sarjana Pendidikan UKM Mod Cuti Sekolah
SEMESTER 1- 40% @ RM6800 | |
Sebelum 25 Feb 2020 | RM1500 |
Sebelum 25 Mac 2020 | RM3800 |
Sebelum 25 April 2020 | RM1500 |
SEMESTER 2 – 30% @ RM5100 | |
Sebelum 25 Aug 2020 | RM2800 |
Sebelum 25 Sept 2020 | RM1300 |
Sebelum 25 Okt2020 | RM1000 |
SEMESTER 3 – 30% @ RM5100 | |
Sebelum 25 Feb 2021 | RM2800 |
Sebelum 25 Mac 2021 | RM1300 |
Sebelum 25 April 2021 | RM1000 |
JUMLAH KESELURUHAN | RM 17,000.00 |
Anggaran Kuliah Berdasarkan kepada Cuti
Penggal Sekolah yang Ditetapkan oleh KPM
SEMESTER 1 | |
Pertemuan 1: Mac | 8 Hari |
Pertemuan 2: Mei – Jun | 8 Hari |
SEMESTER 2 | |
Pertemuan 1: Ogos | 8 Hari |
Pertemuan 2: Disember | 10 – 12 Hari |
SEMESTER 3 | |
Pertemuan 1: Mac | 8 Hari |
Pertemuan 2: Mei – Jun | 8 Hari |
SEMESTER 4 | |
Pertemuan 1: Ogos | 8 Hari |
Pertemuan 2: Disember | 8 Hari |
Jadual Taklimat Program Pengajian
Dapatkan “Borang Permohonan Mengikuti Program Ijazah Sarjana Pendidikan UKM Mod Cuti Sekolah” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Struktur Pengajian
Kerja Kursus & Projek Penyelidikan
Kerja Kursus
- 5 Kursus Teras Fakulti (13 Unit)
- 5 Kursus Pengkhususan (15 Unit)
- 2 Kursus Pilihan (6 Unit)
Projek Penyelidikan
- Kertas Projek I (3 Unit)
- Kertas Projek II (3 Unit)
Maklumat Penting
Sepanjang pengkuliahan mengikut semester seperti berikut:
- Semester 1 : Kuliah dijalankan di pusat masing-masing (UKM BANGI/IPTAR/KK/IPGKB)
- Semester 2 & Semester 3 : Kuliah dijalankan di pusat UKM BANGI (semua pelajar perlu hadir ke UKM BANGI)
- Semester 4 : Kuliah dijalankan di pusat masing-masing (UKM BANGI/IPTAR/KK/IPGKB)
NOTA: Sebarang perubahan akan dimaklumkan kpd pelajar-pelajar
Senarai Kursus
- Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
- Kurikulum dan Pedagogi
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Bahasa Melayu
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Sains
- Pendidikan Perniagaan dan Keusahwanan
- Pengurusan Sukan
- Pentadbiran Pendidikan
- Sosiologi Pendidikan
- Pendidikan Sejarah
- Pendidikan Matematik
- Psikologi Pendidikan
- Pendidikan Prasekolah
- Penilaian dan Pengukuran
- Pendidikan Ekonomi
- Pendidikan Bahasa Arab
- Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat
- Pendidikan Komputer
- Pendidikan Sastera
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Program Ijazah Sarjana (Master) Pendidikan UKM Mod Cuti Sekolah Ambilan 2020Â ini memberikan informasi terkini kepada anda semua dan admin mendoakan semoga berjaya kepada sesiapa yang berminat. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.