Program HIP Mentor akan diperluaskan tahun hadapan

 

CIKGU SUHAIMIN 2

Program HIP Mentor akan diperluaskan tahun hadapan ini merupakan berita terkini daripada Petah Wazzan Iskandar (Berita Harian).

Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor) akan diperluaskan ke lebih banyak sekolah di seluruh negara bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata keputusan ini susulan HIP menunjukkan keberkesanannya susulan laporan tidak rasmi yang dihantar kepadanya yang menunjukkan pelajar berminat dengan aktiviti melalui program terbabit.

cats 3
Sumber: Berita Harian

Beliau berkata, pelajar juga didapati mempunyai keyakinan yang tinggi dalam aktiviti berkaitan perbualan dan penulisan yang jelas menunjukkan terdapat peningkatan berbanding adanya program ini.

“Melihat kepada kejayaan projek perintis HIP Mentor yang berjalan selama tiga bulan bermula Julai lepas yang membabitkan 28 guru bersara dan pensyarah di 27 buah sekolah terpilih maka kita akan perluaskan lagi ke seluruh negara.

“Tahun hadapan, kita berharap lebih ramai lagi guru atau pensyarah yang sudah pencen Bahasa Inggeris dapat membantu menjadi mentor kita yang membolehkan program ini diperluas.

“Mereka ini saya gelarkan sebagai ‘Superhero Mentor’ kerana mereka sanggup mengorbankan masa secara sukarela dan percuma untuk menjayakan HIP di sekolah,”

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Program Pengukuhan Persekitaran Dwi Bahasa Sekolah di bawah Highly Immersive Programmes (HIP) kepada 28 mentor di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, beliau akan berusaha mendapatkan beberapa insentif seperti bayaran elaun kepada mereka kerana dengan jasa yang disumbangkan sudah pastinya perlu ada ganjaran.

“Selain itu, kita juga memerlukan dokongan dari pihak swasta dalam membantu kita menjayakan program ini.

“Malah kerjasama dari pihak media untuk menguar-uarkan kepada guru yang berminat supaya tampil dengan menyertai program HIP ini,”

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Program HIP Mentor akan diperluaskan tahun hadapan memberikan informasi terkini kepada anda semua berkaitan dunia pendidikan di Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me.sistemguruonline.