Pertukaran skim tetap dan berpencen tidak libatkan penjawat awam sedia ada ini merupakan berita terkini daripada Astro Awani dan Bernama yang berkaitan dengan cadangan pertukaran skim tetap dan berpencen mulai tahun depan (2020).
Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ismail Abu Bakar, cadangan ini hanya melibatkan penjawat awam lantikan baharu mulai tahun depan.
Cadangan menggantikan skim tetap dan berpencen tidak melibatkan penjawat awam sedia ada, dan ia hanya melibatkan lantikan baharu bermula tahun hadapan
Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan masih dalam peringkat kajian, dan masih belum diputuskan.
Mungkin tahun depan baru dapat keputusan, untuk melaksanakan cadangan berkenaan atau memerlukan penambahbaikkan.
Kita sedia maklum bahawa tentera dan polis semua adalah perkhidmatan awam yang memerlukan kesinambungan, sama ada mereka terlibat atau tidak (pertukaran skim tetap dan berpencen) atau perkhidmatan awam sahaja yang terlibat
Pada Rabu lepas, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah berkata mulai tahun depan (2020), lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen, sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik.
Langkah itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa khas pembaharuan perkhidmatan awam pada Oktober 2018, yang mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfrasa dan lantikan berdasarkan keperluan, selain mengurangkan bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Pertukaran skim tetap dan berpencen tidak libatkan penjawat awam sedia ada memberikan informasi terkini kepada anda semua berhubung dunia pendidikan di Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.