Permohonan secara Online Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2020. Sambung tulis Pendahuluan. 2 ayat sahaja cukup tak perlu panjang.
Pengenalan
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.
MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka mulai 8 September 2019 hingga 30 November 2019.
Calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan peperiksaan UPSR dan PT3. Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.
Syarat-syarat Kemasukan
Syarat Umum
- Calon warganegara Malaysia.
- Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
- Calon mestilah memohon online.
- Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Calon sihat tubuh badan
- Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.
Syarat Khusus
- Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
- Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum
- Keutamaan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah
- Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.
Maklumat Program MRSM
Maklumat program yang ditawarkan oleh MRSM adalah seperti berikut:
- Program IGCSE
- International Baccalaureate – Middle Year Programme (IBMYP)
- Program Teknikal
- Program Ulul Albab
- Program Premier
- Program Khas Pendidikan (PKP)
SILA KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 1
SILA KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 4
Penerangan Setiap Program MRSM
Program IGCSE
International Baccalaureate – Middle Year Programme (IBMYP)
Program Teknikal
Program Ulul Albab
Program Premier
Program Khas Pendidikan (PKP)
Info Penting Buat Ibu Bapa Berkaitan MRSM
Sedikit info bagi ibubapa dan anak-anak yang ingin memilih MRSM sebagai sekolah pilihan.
JENIS ALIRAN DI MRSM
1. MRSM PREMIER
✔️ Peperiksaan yg akan diambil:
1. PT3
2. SPM
📌 MRSM PKP (Program Khas Pendidikan ) merupakan MRSM BITARA yg dianggap paling unggul.
2. MRSM IGCSE ( International General Certificate of Secondary Education)
✔️Peperiksaan yg akan diambil:
1. Cambridge Checkpoint (Tingkatan 2)
2. PT3 (Tingkatan 3)
3. IGCSE (Tingkatan 4)
4. SPM (Tingkatan 5)
3. MRSM ULUL ALBAB
📌Program pendidikan integrasi antara program sedia ada (sains tulen) dengan program aliran agama termasuk tahfiz Al Quran.
📌Merangkumi Pengajian Al Quran (Hafazan), B. Arab dan bahasa lain seperti bahasa Mandarin, Jepun dan lain-lain.
Peperiksaan yg akan diambil:
1. PT3
2. SPM
3 Sijil Tahfiz Malaysia
📌 Pelajar diberi tempoh selama 3 tahun untuk khatam hafazan 30 juzuk Al Quran.
4. MRSM TEKNIKAL (MRSM Bentong)
📌 Mengaplikasikan modul Sains Kejuruteraan seawal Tingkatan 1.
📌Kurikulum sama seperti MRSM lain cuma tambahan subjek iaitu:
1. MENENGAH RENDAH: Sains Kejuruteraan
2. MENENGAH ATAS: Lukisan Kejuruteraan (WAJIB)
: Kejuruteraan elektrikal dan elektronik ATAU Kejuruteraan mekanikal (PILIHAN PELAJAR)
5. MRSM IB MYP
📌Menawarkan program pertengahan tahun yg disediakan oleh Pendidikan Baccalaureate Antarabangsa. SPM MRSM MYP berjalan dalam program sekolah selama 5 tahun.
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Permohonan secara Online Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2020Â memberikan informasi terkini kepada anda semua berhubung dunia pendidikan di Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.