Pengambilan Guru Interim Sekolah Rendah KPM Tahun 2020 ini dibawakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mana mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Interim di Sekolah Rendah bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bagi tahun hadapan (2020).
TERKINI!!!!!!!!!!
SEMAKAN TAWARAN GURU INTERIM, SILA KLIK DI SINI.
LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN SEBAGAI GURU INTERIM AMBILAN 2020
PASTIKAN ANDA MENGESAHKAN PEERMOHONAN SEBELUM 30 SEPTEMBER 2019 MAKLUMAT YANG TIDAK LENGKAP DAN TIDAK MENGESAHKAN PERMOHONAN MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPROSES
Cara Mengemukakan Permohonan
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web IPGM di alamat: https://pismp.moe.gov.my/myUMUM mulai 23 September 2019 (01:00 tengah hari) – PERMOHONAN TELAH DITUTUP
Semakan calon berjaya menduduki UKCG akan mula dibuka pada 9 Oktober 2019
KLIK DI SINI UNTUK LOG MASUK PERMOHONAN (SETELAH MENDAFTAR)
Berikut disenaraikan opsyen (pengkhususan) yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:
SEKOLAH | SEKOLAH |
Bahasa Inggeris | Bahasa Melayu |
Matematik | Bahasa Inggeris |
Sejarah | Matematik |
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan | Sains |
Sejarah | |
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan | |
Reka Bentuk dan Teknologi |
Keterangan Program
TAJUK | Pengambilan Guru Interim di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2020 |
MATA PELAJARAN | Bahasa Melayu |
Bahasa Inggeris | |
Matematik | |
Sains | |
Sejarah | |
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan | |
Reka Bentuk dan Teknologi | |
NAMA JAWATAN | Guru Interim |
TEMPOH INTERIM | Tiga (3) tahun sahaja |
Syarat-syarat Kelayakan Asas
Calon-calon hendaklah:
- Warganegara Malaysia;
- Sihat tubuh badan;
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2020;
- Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan sahaja dengan CGPA minimum 3.0 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA) bagi calon-calon Semenanjung Malaysia; atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan sahaja dengan CGPA minimum 3.0 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi calon-calon negeri Sabah dan Sarawak
- Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda daripada IPTS tempatan dan institusi luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendididikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
i) http://www2.mqa.gov.my/mqr/; atau
ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/; - Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan; dan
- Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon-calon SJKC kecuali opsyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Opsyen yang Ditawarkan
Takwim Penting bagi Pengambilan Guru Interim SK dan SJKC 2020Â
Terakhir dikemas kini: 28 Oktober 2019
1 | PERMOHONAN ONLINE DIBUKA(JAM 1.00 TENGAHARI) | 23 |
2 | PERMOHONAN ONLINE DITUTUP(JAM 11.59 MALAM) | 30 |
3 | SEMAKAN NAMA CALON BERJAYA UNTUK UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) | 9 |
4 | PELAKSANAAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) | 14 |
5 | SEMAKAN NAMA CALON BERJAYA UNTUK TEMU DUGA | 5 NOVEMBER 2019 |
6 | PELAKSANAAN TEMU DUGA | 12 – 15 NOVEMBER 2019 |
7 | SEMAKAN CALON BERJAYA DITAWAR GURU INTERIM | JANUARI 2020 |
8 | PENEMPATAN KE SEKOLAH | FEBRUARI |
Dapatkan “Iklan Guru Interim 2020 di SK dan SJKC” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : IKLAN GURU INTERIM KPM 2020
SUMBER: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Maklumat Jawatan
- Jawatan/Gred: Guru Interim Gred DC41.
- Bayaran Elaun Bulanan: RM 2,149.03 bagi ijazah Kepujian.
- Elaun Tetap dan Kemudahan yang dinyatakan di bawah ini
mengikut syarat dan kadar yang sedang berkuat kuasa seperti berikut bagi yang layak:
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2006;
- Bantuan Sara Hidup berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012;
- Bayaran Insentif Pedalaman berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2000 atau Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2016 (sekiranya berkhidmat di sekolah pedalaman);
- Elaun Balik Kampung berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 6 Tahun 2014 (sekiranya berkhidmat di sekolah pedalaman);
- Elaun dan kemudahan bagi pegawai yang bertugas rasmi di luar kawasan ibu pejabat berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013;
- Elaun Perumahan Wilayah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 (Pindaan Kadar);
- Bayaran Insentif Wilayah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 (Pindaan Kadar); dan
- Caruman PERKESO berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019.
Kemudahan Lain
- Cuti Sakit di bawah Perintah Am 17 Bab C;
- Cuti Penggal Sekolah Bergaji Penuh;
- Cuti Rehat Khas; dan
- Rawatan perubatan dan pergigian, kelayakan dan wad di Hospital dan Klinik-klinik Kerajaan untuk diri sendiri sahaja tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang sedang berkuat kuasa
Elaun & Kemudahan yang tidak layak diperolehi
- Imbuhan Tetap Perumahan;
- Rawatan perubatan di luar negeri;
- Pinjaman perumahan/ kenderaan/ komputer;
- Cuti separuh gaji;
- Cuti tanpa gaji;
- Cuti bersalin;
- Cuti belajar;
- Cuti kecederaan;
- Cuti kerantina;
- Cuti Tibi, Kusta dan Barah;
- Cuti tanpa rekod; dan
- Cuti haji.
Calon yang Tidak Layak Memohon
- Calon yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia.
- Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan KPM.
- Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPGM, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
- Calon yang diisytiharkan bankrap.
- Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41.
- Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Cara Mengemukakan Permohonan
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web IPGM di alamat: https://pismp.moe.gov.my/myUMUM mulai 23 September 2019 (01:00 tengah hari)
KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN
- Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.
Maklumat Penting
- Pemohon yang diterima perlu menduduki Ujian Psikometrik sebelum ditemu duga bagi jawatan Guru Interim.
- Pemohon yang lulus temu duga dan ditawarkan jawatan Guru Interim hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat surat tawaran interim serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di mana-mana sekolah samada di kawasan bandar atau pedalaman.
- Guru Interim tersebut dikehendaki berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun di sekolah yang ditetapkan dan tidak akan dipertimbangkan sebarang permohonan pertukaran sepanjang tempoh interim.
- Guru Interim yang tiada ikhtisas pendidikan perlu mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh interim dan layak menuntut elaun perjalanan untuk menghadiri KDC tertakluk peruntukan semasa Jabatan.
- Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan secara emel dan calon dikehendaki membawa salinan cetakan emel semasa temu duga.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas 3 November 2019 adalah dianggap tidak berjaya. KPM tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada pemohon.
Tarikh Buka – Tutup Permohonan
23 September 2019 mulai jam 01:00 tengah hari SEHINGGA 30 September 2019 sebelum jam 11.59 malam.
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Pengambilan Guru Interim Sekolah Rendah KPM Tahun 2020Â ini memberikan informasi terkini kepada anda semua dan admin mendoakan semoga berjaya kepada sesiapa yang berminat. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.