Novel Bimasakti Menari

CIKGU SUHAIMIN 2

Novel Bimasakti Menari ini merangkumi nota bagi sinopsis, tema dan persoalan, watak dan perwatakan, teknik plot, plot, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.

Sinopsis

Sinopsis Keseluruhan :

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

Sinopsis Bab Demi Bab

Bab 1 :

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut  yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

Bab 2:

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

Bab 3:

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

Bab 4:

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira  apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.

Bab 5:

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam   yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

Bab 6:

          Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain.  Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 7:

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

Bab 8:

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

Bab 9:

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

Bab 13:

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan  musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan  membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di  bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

Bab 14:

          Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu.  Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan  untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

Bab 15:

          Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

Bab 16:

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

Bab 17:

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 18:

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

Bab 19:

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

Bab 20:

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa.  Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

Bab 21:

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

Bab 22:

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik.  Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

Tema dan Persoalan

Tema

Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.

Persoalan

  1. Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah.

–          Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar akibat langit tidak menjadi gelap pada waktu malam.

  1. Persoalan hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak.

–          Puan Wickham tetap mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan anaknya Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu.

  1. Persoalan cinta akan alam sekitar.

–          Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan yang tidak terancang.

  1. Persoalan penceraian tidak menghalang kasih sayang antara ibu bapa dengan anak.

–          Puan Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak pernah bermusuh tentang penjagaan anak mereka Muhamad Taufik, malah sering memberikan sokongan kepadanya walaupun mereka telah bercerai.

  1. Persoalan ketaatan kepada ajaran agama

–          Budiman menemani Nurul Hafsa ketika berbincang dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor kerana mereka bukan mahram.

  1. Persoalan perasaan dendam yang tidak berkesudahan

–          Johan Arlington-Majid menaruh dendam yang tidak pernah padam terhadap Tan Sri Muhaimin berpunca daripada Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami sehingga membawa kepada kes penculikan anak mereka, iaitu Muhammad Taufik.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama :  Nurul Hafsa

Seorang yang tabah

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip

Seorang yang penyayang

– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah berjanji membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-peralatan berkebun apabila dia mendapat gaji kelak

Seorang yang berani

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.

Seorang yang sanggup berkorban

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang

Seorang yang setia kawan

– Atas semangat setia kawan, Nurul Hafsa dan Budiman bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan

…………………………………………………………………….

Watak Sampingan :

1. Muhammad Taufik

Seorang yang tabah

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip

Seorang yang taat

– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago New Zealand walaupun dia agak keberatan

– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid

Seorang yang berani

– Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.

– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid

Seorang yang sanggup berkorban

– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik

– Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang

Seorang yang setia kawan

– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik

2. Tan Sri Muhaimin

Seorang yang tabah

– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya seorang diri selepas bercerai dengan Pn. Wickham

Seorang yang bersyukur

– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya, Pn.Wickham

Seorang yang bertanggungjawab

– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik, seorang diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham

Seorang yang penyayang

– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh anak meraka itu

3. Haji Yassir

Seorang yang bersyukur

– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington

4. Budiman

Seorang yang bertanggungjawab

– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap

Seorang yang taat

– Budiman dan Muhammad Taufik taat pada perintah agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid

Seorang yang setia kawan

– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan

5. Maryam Wickham

Seorang yang penyayang

– Maryam Wickham dan Tan Sri Muhaimin amat sayang akan anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh anak meraka itu

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang tabah

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip

– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya seorang diri selepas bercerai dengan Pn. Wickham

2. Masyarakat yang bersyukur

– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington

– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya, Pn.Wickham

3. Masyarakat yang bertanggungjawab

– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap

– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik, seorang diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham

4. Masyarakat yang taat

– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago New Zealand walaupun dia agak keberatan

– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid

5. Masyarakat yang penyayang

– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah berjanji membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-peralatan berkebun apabila dia mendapat gaji kelak

– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh anak meraka itu

6. Masyarakat yang berani 

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.

– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid

7. Masyarakat yang sanggup berkorban

– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang

8. Masyarakat yang setia kawan

– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan

– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik

Nilai dan Pengajaran

Nilai

1. Ketabahan

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip

– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya seorang diri selepas bercerai dengan Pn. Wickham

2. Kesyukuran

– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington

– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya, Pn.Wickham

3. Tanggungjawab

– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap

– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik, seorang diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham

4. Ketaatan

– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago New Zealand walaupun dia agak keberatan

– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid

5. Kasih Sayang

– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah berjanji membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-peralatan berkebun apabila dia mendapat gaji kelak

– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh anak meraka itu

6. Keberanian 

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.

– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid

7. Pengorbanan 

– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang

8. Setia kawan

– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan

– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik

Pengajaran

1. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi cabaran hidup  

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip 

2. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dalam membesarkan anak walaupun terpaksa melakukan seorang diri

– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya seorang diri selepas bercerai dengan Pn. Wickham

3. Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang diperoleh

– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington

4. Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang diperoleh

– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya, Pn.Wickham

5. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keselamatan adik sendiri

– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap

6. Sebagai seorang ayah, kita hendaklah bertanggungjawab menjaga dan membesarkan anak-anak walaupun kita terpaksa melakukan seorang diri

– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik, seorang diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham

7. Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah ibu bapa

– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago New Zealand walaupun dia agak keberatan

8. Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah agama/Tuhan

– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid

9. Kita hendaklah menyayangi ayah dengan sepenuh hati

– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah berjanji membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-peralatan berkebun apabila dia mendapat gaji kelak

10. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah menyayangi anak-anak dengan sepenuh hati

– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh anak meraka itu

11. Kita hendaklah berani mengemukakan sesuatu cadangan yang baik

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.

12. Kita hendaklah berani untuk menyelamatkan seseorang yang berada dalam kesusahan

– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid

13. Kita hendaklah sanggup berkorban demi keselamatan sahabat

– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik

14. Kita hendaklah sanggup berkorban demi mengejar cita-cita sendiri

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang

15. Kita hendaklah memiliki semangat setia kawan dan sanggup membantu kawan yang berada dalam kesusahan

– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan

16. Kita hendaklah memiliki semangat setia kawan dan sanggup membantu kawan yang berada dalam kesusahan

– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik.

Dapatkan “Nota Novel Bimasakti Menari” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Novel Bimasakti Menari

 

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Novel Bimasakti Menari dapat memberikan sedikt sebanyak manfaat kepada anda khususnya kepada murid dan guru-guru sekolah menengah. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.