Mohon Digital Maker Hub untuk sekolah anda sekarang

 

Mohon Digital Maker Hub untuk sekolah anda sekarang. Terkini. Kementerian Pendidikan Malaysia merancang untuk membangunkan Digital Maker Hub (DMH) di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara.

Anda boleh melayari http://portal.moe.edu.my untuk membuat permohonan bermula 1 September hingga 20 September 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mydigitalmaker.com/digital-maker-hubs

Apakah Digital Maker Hub (DMH)?

Ruang/bilik/makmal inovatif yang dilengkapi dengan peralatan pembuatan digital untuk murid menjalankan aktiviti/projek teknologi digital yang kreatif.

Syarat-syarat Permohonan

  1. Sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
  2. Ada ruangan untuk disediakan DMH.
  3. Mempunyai pentadbir dedikasi dan mahu pembaharuan inovasi digital di sekolah.

Cara Permohonan

  1. Secara atas talian melalui URL http://portal.moe.edu.my
  2. Log masuk menggunakan akaun Google yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (cth: abc@moe-dl.edu.my)
  3. Klik pada ikon ‘#mydigitalmaker’
  4. Jawab soalan yang dikemukakan.

Tempoh Permohonan

1 hingga 20 September 2019

Sumber: Facebook Page Kementerian Pendidikan Malaysia

Penutup

Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu Mohon Digital Maker Hub untuk sekolah anda sekarang memberikan informasi terkini kepada anda semua berkaitan dunia pendidikan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.