Had Umur Persaraan Wajib Dinaikkan kepada 65 Tahun?

 

Had Umur Persaraan Wajib Dinaikkan kepada 65 Tahun?. Terkini daripada YB M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia.

Kementerian Sumber Manusia memperhalusi cadangan meningkatkan had umur persaraan daripada 60 tahun kepada 65 tahun seperti dilakukan beberapa negara maju termasuk Singapura.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata cadangan akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diputuskan.

Katanya, perkara itu perlu diteliti dengan rapi dalam beberapa aspek berikutan situasi semasa rakyat di negara ini.

Singapura sudah meningkatkan usia persaraan kepada 65 tahun manakala negara kita berada dalam keadaan guna tenaga penuh.

Ini antara perkara perlu diperhalusi dalam membuat keputusan yang baik pada masa depan

Beliau diminta mengulas kewajaran melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun seperti dicadangkan beberapa pihak, dalam keadaan ramai golongan muda termasuk siswazah menganggur ketika ini.

Laporan statistik mendapati golongan tidak bekerja hanya 3.3 peratus, malah kita kekurangan pekerja hingga terpaksa mendapatkan pekerja dari negara asing

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mengetahui pandangan anda berkaitan perkara ini. Nyatakan pandangan anda pada undian berikut:

 

Adakah anda bersetuju had umur persaraan wajib dinaikkan kepada 65 tahun?

Ya, Setuju
Tidak Setuju

Mengenai pemberian elaun bantuan sara hidup (COLA) minimum RM500 kepada pekerja sektor swasta, Kulasegaran berkata, perkara itu diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diputuskan.

“Kita sudah mengadakan dialog dengan Kementerian Kewangan dan memberi beberapa pandangan untuk diperhalusi.

“Perbincangan baru bermula dan ia akan dilihat dari pelbagai aspek sebelum ditetapkan,”

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebelum ini memohon kerajaan memperkenal pemberian COLA minimum RM500 kepada pekerja sektor swasta dan meningkatkan had umur persaraan kepada 65 tahun.

Setiausaha Agung MTUC, J Soloman, dilaporkan berkata, cadangan itu diharap dapat diperkenalkan menerusi Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan 11 Oktober ini untuk memberi perlindungan sewajarnya kepada pekerja, selain meningkatkan tahap ekonomi rakyat terpinggir.

Sumber: Balqis Jazimah Zahari (Berita Harian)

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Had Umur Persaraan Wajib Dinaikkan kepada 65 Tahun? memberikan informasi terkini kepada anda semua berhubung dunia pendidikan di Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.