Dua Kursus Wajib Universiti Awam (UA) yang Baharu

 

Dua Kursus Wajib Universiti Awam (UA) yang Baharu ini adalah bersumberkan info terkini deripada YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Kursus yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Dua kursus wajib baharu diperkenalkan di universiti awam (UA) bermula sesi pengambilan 2019/2020, selaras hala tuju pendidikan berteraskan nilai, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata dua kursus berkenaan, iaitu Falsafah dan Isu Semasa serta Penghayatan Etika dan Peradaban wajib diambil oleh mahasiswa dalam tempoh pengajian mereka.

Katanya, kursus itu wajib diduduki dan diklasifikasikan sebagai prasyarat untuk menamatkan pengajian.

“Kekuatan sesebuah negara terletak kepada pemikiran rakyatnya, justeru ia juga penentu hala tuju negara, baik dari segi pembangunan, ekonomi dan politiknya.

“Untuk membina pemikiran yang kritis, kreatif, inovatif, sihat serta matang, kita perlukan pendidikan.

“Pendidikan ialah wahana paling penting untuk menentukan pemikiran rakyat yang ingin kita bentuk suatu hari nanti,”

Beliau berkata, pendidikan sivik tidak boleh terhenti setakat di sekolah, sebaliknya subjek yang membangunkan peribadi itu harus berterusan sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Maszlee berkata, ramai beranggapan falsafah ialah pengetahuan yang berat dan meletihkan, namun ia sebenarnya ilmu berfikir sehingga menitipkan pengajaran mengatur langkah seterusnya dalam membina tamadun.

Selain itu, katanya, falsafah menjurus kepada menganalisis, mencari kebenaran dan merancang penyelesaian, seiring matlamat kerajaan untuk memastikan mahasiswa negara ini mempunyai aras pemikiran tinggi, selain peribadi mulia serta sentiasa cuba menyelesaikan masalah masyarakat.

Sumber: YB Dr. Maszlee Malik dan Luqman Arif Abdul Karim (Berita Harian)

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Dua Kursus Wajib Universiti Awam (UA) yang Baharu memberikan informasi terkini kepada anda semua berkaitan dunia pendidikan di Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me.sistemguruonline.