Tulisan Khat dalam Kurikulum Bahasa Melayu Tahun 4 Diperkenal pada Tahun 2020

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

 

Tulisan Khat dalam Kurikulum Bahasa Melayu Tahun 4 Diperkenal pada Tahun 2020. Terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan tulisan khat.

Kementerian Pendidikan akan meneruskan rancangan untuk memperkenal tulisan khat dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Darjah 4 pada tahun depan seperti dirancang.

Dalam kenyataannya, kementerian itu berkata khat merupakan sebahagian daripada identiti negara dan warisan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dan perpaduan.

Menurut KPM, pengenalan tulisan khat telah dilaksanakan melalui semakan semula kurikulum sejak 2014 dan menerusi pelbagai sesi libat urus dengan pakar bahasa dan pendidikan.

Sebanyak enam daripada 164 muka surat buku teks baru untuk Bahasa Melayu Darjah 4 tahun depan diperuntukkan untuk pelajaran itu.

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia – Pengenalan Tulisan Khat Perkukuh Warisan Negara (2 Ogos 2019)

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Tulisan Khat dalam Kurikulum Bahasa Melayu Tahun 4 Diperkenal pada Tahun 2020 memberikan informasi terkini kepada semua pihak. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini, terbaik lagi bermanfaat dari semasa ke semasa. Terima kasih.

 

telegram sistemguruonline