Tiada Hukuman Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Pelajar – KPM

 

Tiada Hukuman Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Pelajar – KPM. Terkini daripada YB Dr. Maszlee Malik berhubung gambar bentuk-bentuk hukuman yang disifatkan sebagai perbuatan yang tidak berperikemanusian yang telah tular baru-baru ini.

YB Dr. Maszlee Malik menyatakan kebimbangannya dengan penularan gambar mengenai bentuk-bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada pelajar di sebuah institusi tahfiz di negeri Sarawak.

Saya secara peribadi bimbang dengan penularan gambar mengenai bentuk-bentuk hukuman yang bakal dikenakan kepada pelajar di sebuah institusi tahfiz di negeri Sarawak.

Antara hukuman yang akan dikenakan adalah seperti berikut:

  1. Dirotan 60 kali di belakang
  2. Dibotakkan kepala
  3. Disimbah dengan air najis
  4. Dijemur dari waktu Zohor hingga waktu Asar
  5. Tiada Sijil Berhenti dari Pondok bagi yang tidak melanjutkan pengajian

Di peringkat Kementerian, kita menyedari bahawa institusi pendidikan berkenaan berada di bawah kawal selia Kerajaan Negeri Sarawak, namun bentuk-bentuk hukuman ini tidak berperikemanusiaan dan merendahkan martabat bidang pendidikan negara.

Dalam pada masa yang sama, beliau percaya bahawa Jabatan Agama Islam Sarawak telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini. Beliau juga menyeru kepada semua pihak khususnya kepada institusi pendidikan persendirian untuk sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip kemanusian dan undang-undang yang berkaitan dalam menggubal sebarang bentuk hukuman terhadap pelajar-pelajar di institusi masing-masing.

Saya juga menyeru kepada semua institusi pendidikan persendirian untuk sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip kemanusiaan dan undang-undang yang berkaitan dalam menggubal sebarang bentuk hukuman terhadap pelajar di institusi masing-masing.

Pendidikan tidak berkesan dengan kekerasan. Pendidikan ialah cinta, kasih dan sayang. Pendidikan ialah untuk semua, tanggungjawab semua.

YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Bagi anda pula, mengenai isu Hukuman Tidak Berperikemanusiaan ini apa yang anda boleh komen?