Syair Bidasari

 

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Syair Bidasari ini merupakan syair yang terdapat dalam komsas Bahasa Melayu Tingkatan 4 hasil karya Jamilah Hj Ahmad. Nota ini merangkumi maksud setiap rangkap, tema dan persoalan, bentuk dan gaya bahasa serta nilai dan pengajaran.

Maksud Setiap Rangkap

  1. Rangkap 1
    Rangkap 1 syair ini mengisahkan riwayat seorang raja di desa Negeri Kembayat yang menjadi contoh teladan kepada rakyatnya.
  2. Rangkap 2
    Raja di desa Negeri Kembayat digambarkan sebagai seorang yang hebat dan bijaksana. Baginda juga berwajah tampan dan bersikap adil terhadap orang asing/pedagang.
  3. Rangkap 3
    Sebagai seorang raja yang hebat, baginda tidak pernah merasai kesusahan. Namun hal tidak dapat dijangka pada masa akan datang.
  4. Rangkap 4
    Raja kemudiannya beristeri dan tidak beberapa lama kemudian permaisuri baginda berbadan dua.
  5. Rangkap 5
    Setelah beberapa lama memerintah negara dalam keadaan aman damai, akhirnya bala menimpa dan baginda terpaksa meninggalkan kerajaannya.
  6. Rangkap 6
    Pada suatu hari, negeri baginda diserang oleh burung garuda hingga menyebabkan kemusnahan yang teruk.
  7. Rangkap 7
    Keadaan negara menjadi huru-hara dan semua rakyat lari bertempiaran menyelamatkan diri.
  8. Rangkap 8
    Rakyat jelata datang menghadap raja mengkhabarkan suasana huru-hara dalam negara. Raja dengan perasaan marah menyatakan rasa terkejutnya.

Tema dan Persoalan

TEMA

Tema yang terdapat dalam Syair Bidasari ialah cabaran yang dihadapi oleh seorang raja dalam memerintah negara. Pemerintahan raja di desa Negeri Kembayat menjadi huru-hara apabila negara baginda ditimpa musibah.

PERSOALAN

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:

  1. Kehebatan seorang raja yang memerintah negara
    Rangkap 2, baris 3 – Sultan halifah akas bestari
  2. Keadilan seorang pemerintah
    Rangkap 2, baris 4 – Melimpah ngadil dagang senteri
  3. Masa depan seseorang ditentukan oleh takdir
    Rangkap 3 -, baris 4 Entah pada esok dan lusa

Bentuk dan Gaya Bahasa

BENTUK SYAIR

  1. Syair ini berbentuk terikat/tidak bebas.
  2. Terdiri daripada 8 rangkap.
  3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris serangkap.
  4. Semua baris membawa maksud.
  5. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu tiga hingga lima patah kata.
  6. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata.
  7. Rima akhirnya ialah aaaa.

GAYA BAHASA

  1. Penggunaan repitisi atau perulangan – beberapa bulan beberapa hari.
  2. Metafora – takhta kerajaan.
  3. Hiperbola – datanglah menyambar suaranya bahana.
  4. Simile – mendengar gempar seperti
  5. Inversi – tuan dengarkan suatu riwayat.
  6. Bahasa istana – baginda, permaisuri, takhta
  7. Asonansi – baginda duduk bersuka-sukaan (pengulangan vokal u)
  8. Aliterasi – beberapa bulan beberapa hari (pengulangan konsonan k)

Nilai dan Pengajaran

NILAI

  1. Tanggungjawab – Raja Negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir negeri dengan sempurna.
  2. Ketaatan – seluruh rakyat Negeri Kembayat taat dan setia terhadap Raja Negeri Kembayat.
  3. Kebijaksanaan – Raja Negeri Kembayat yang pertama bijaak dan cekap memimpin rakyat.
  4. Keadilan – Raja negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat termasuklah para dagang.
  5. Kasih sayang – Raja Negeri Kembayat amat menyayangi isterinya lebih-lebih lagi setelah isterinya itu mengandung.

PENGAJARAN

  1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dengan amanah.
  2. Kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau pemimpin demi keharmonian negara.
  3. Kita perlulah bijaksana dalam merangka dan membuat perancangan supaya tugas dapat dijalankan dengan sempurna.
  4. Sebagai pemimpin, kita hendaklah melayani setiap orang dengan adil dan saksama tanpa membeza-bezakan darjat atau kedudukan.
  5. Kita haruslah bersedia setiap masa bagi menghadapi sebarang ancaman musuh atau malapetaka yang tidak diduga.
  6. Kita haruslah memupuk sifat kasih yang mendalam terhadap ahli keluarga demi melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Syair Bidasari dapat memberikan sedikt sebanyak manfaat kepada anda khususnya kepada murid dan guru-guru sekolah menengah. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

 

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>