Sarapan Percuma buat Murid Sekolah Rendah Mulai 2020

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

 

Sarapan Percuma buat Murid Sekolah Rendah Mulai 2020. Terkini daripada YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia berhubung sarapan percuma bagi murid-murid sekolah rendah akan disediakan mulai tahun hadapan (2020).

Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat.

Sehubungan itu, bermula dari Januari 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.

KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan.

YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Sarapan Percuma buat Murid Sekolah Rendah Mulai 2020 memberikan informasi terkini kepada anda semua berhubung dunia pendidikan di Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

 

telegram sistemguruonline