Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2020. Terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi tahun hadapan (2020) kini telah dibuka iaitu bermula pada 27 Ogos 2019 dan akan ditutup pada 27 September 2019.
Ini bermakna, tempoh permohonan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kemasukan ke SBP pada tahun depan adalah lebih kurang satu bulan.
Syarat Kemasukan ke SBP Tingkatan 1
- Warganegara
- Murid dari Sekolah Kebangsaan (SK)
- Mencapai Aras Toleransi dalam Ujian Kemasukan SBP (UKSBP)
- Cemerlang Akademik
- Aktif Kokurikulum
Bagi permohonan ke SBP bagi Tingkatan 1, permohonan boleh dilakukan pada pautan di bawah (sila klik pada pautan/link di bawah):
https://sst1.moe.gov.my/
Syarat Kemasukan ke SBP Tingkatan 4
- Warganegara
- Murid dari Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
- Cemerlang Akademik
- Mencapai Aras Toleransi dalam Ujian Kemasukan SBP (UKSBP)
- Lulus saringan/temu duga diwajibkan ke atas murid dari Kolej Islam Sultan Alam Shah sahaja.
- Aktif Kokurikulum
Manakala, bagi permohonan ke SBP bagi Tingkatan 4, permohonan boleh dilakukan pada pautan di bawah (sila klik pada pautan/link di bawah):
https://sst4.moe.gov.my/
23 September 2019 |
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2020 memberikan informasi terkini kepada anda semua berkaitan perkara ini. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik dan terkini dari semasa ke semasa. Terima kasih.