Kertas Kerja Motivasi Kerjaya 2019. Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga SGO sekalian. Pada kali ini, admin berkongsi bahan yang berkaitan dengan sekolah menengah iaitu bagi kegunaan guru-guru yang terlibat sebagai pembimbing dalam Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun ini iaitu kertas kerja Motivasi Kerjaya.
Jutaan terima kasih kepada guru-guru dari SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BESAR, KUALA TERENGGANU kerana sudi mengongsikan bahan ini.
Pengenalan
Program Motivasi Kerjaya ini merupakan satu program yang dirancang untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2019 tentang hala tuju pendidikan di peringkat yang seterusnya dalam usaha mencapai cita-cita kerjaya mereka. Pendedahan awal adalah perlu agar mereka lebih bersedia dan mampu merancang strategi dengan lebih berkesan untuk mencapainya. Program ini dijangka dapat dilaksanakan memandangkan pihak sekolah amat mengambil perhatian aspek motivasi dan pendedahan kerjaya kepada para pelajar.
Objektif
Objektif program ini dilaksanakan adalah seperti berikut:
- Melahirkan pelajar SPM 2019 yang berkualiti dan berwawasan.
- Memberi motivasi dan dorongan kepada pelajar
- Meningkatkan kesedaran diri yang positif dalam diri para pelajar.
- Memberi pendedahan dalam aspek Pengiraan Merit untuk laluan ke Matrikulasi dan Universiti.
- Meningkatkan tekad dan azam diri pelajar mencapai kecemerlangan.
Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun bahan ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.
Dapatkan “Kertas Kerja Motivasi Kerjaya 2019” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : KERTAS KERJA motivasi kerjaya 2019
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Kertas Kerja Motivasi Kerjaya 2019 sedikit sebanyak dapat memudahkan anda dalam menyediakan kertas kerja bagi program ini. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.