Kementerian Pendidikan ‘dipecah’ hanya khabar angin

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Kementerian Pendidikan ‘dipecah’ hanya khabar angin. Terkini daripada Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia berhubung isu yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ia mungkin khabar angin sahaja.”

Itu reaksi Dr Maszlee Malik apabila diminta mengulas ura-ura kononnya bakal diwujudkan Kementerian Pengajian Tinggi sekaligus berlaku pengasingan kuasa melibatkan kementeriannya, Kementerian Pendidikan.

Ujar beliau, perkara itu tidak dibincangkan pada beberapa siri pertemuannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk terbaharu semalam.

“Semalam saya bersama Perdana Menteri. Tidak ada pula dibincangkan perkara tersebut…yang dibincangkan adalah supaya menambahbaik penguasaan Bahasa Inggeris dan juga penguasaan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Setiap kali pertemuan saya dengan Perdana Menteri, itu perkara yang beliau minta saya beri perkembangan terkini,”

ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Projek YSS Perpustakaan Mini dan Tuition Mission Percuma Golongan B40 PPR 2019 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, di sini pada Sabtu.

Jelasnya, perlu wujud keselarian dalam polisi-polisi pendidikan melibatkan kedua-dua sektor tinggi dan rendah.

“Saya kira khabar angin sahaja sebab sekarang ini, perlu ada keselarian di antara kedua-dua sektor ini, iaitu pengajian tinggi dan rendah.

“Banyak pencapaian yang hari ini kita lakukan apabila kita sekalikan (kementerian). Contohnya, banyak polisi-polisi kita dapat kita selarikan apabila berada di bawah satu bumbung,” katanya.

Sebelum ini, wujud khabar angin bahawa akan berlakunya rombakan Kabinet termasuk mengembalikan semula Kementerian Pendidikan Tinggi.

Namun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan laporan itu sebaliknya beliau menyatakan kepada Kabinet tentang cadangan untuk melakukan sedikit pertukaran portfolio di kalangan anggotanya.

Sumber: Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Kementerian Pendidikan ‘dipecah’ hanya khabar angin memberikan informasi terkini kepada anda semua berhubung isu-isu pendidikan di Malaysia. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.