Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kaunselor)

 

Kertas Kerja Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Sekolah 2

Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kaunselor). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terkini daripada Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 31 Julai 2019 , kekosongan jawatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kaunselor) kini tersedia.

Kekosongan bagi jawatan ini tersedia di agensi/bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut:

  1. Bahagian Psikologi Dan Kaunseling
  2. Institut Pendidikan Guru
  3. Kolej Matrikulasi

career test

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kaunselor) seperti maklumat berikut:

Bil.Agensi/ JabatanJawatan / GredBilangan kekosongan
1.Bahagian Psikologi dan KaunselingKaunselor DG41/44/484
        2.Kolej-kolej Matrikulasi,KPM

·Tertakluk kepada butiran waran perjawatan yang berkuatkuasa terkini

Kaunselor /DG41/ DG 44(Terbuka)11
3.Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK), KPM

·Tertakluk kepada butiran waran perjawatan yang berkuatkuasa terkini

Pegawai Kaunseling / DG41/ DG44 (Terbuka)9

 

Sehubungan itu, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan bagi mengemukakan permohonan untuk disaring dan ditemu duga sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:

  1. Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A
  2. Borang permohonan BPsK/001/02B seperti di Lampiran B.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 6 Ogos 2019 ke alamat berikut:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, anda boleh menghubungi pegawai-pegawai di bawah:

  1. Puan Salwani binti Shamsuddin : 03-8872 1682
  2. Puan Siti Zahirah binti Abu Bakar : 03-8872 1705

Dapatkan “Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kaunselor)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. Iklan
  2. Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A
  3. Borang permohonan BPsK/001/02B seperti di Lampiran B.

 

 

Penutup

Kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini di bawah tiga agensi Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah dinyatakan, semoga berjaya. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kaunselor) memberikan informasi terkini kepada anda semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan bahan-bahan dan informasi berkaitan dunia pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.